Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan terima manfaat besar guna alat FAD

Inisiatif PETRONAS, bantu tingkat mata pencarian komuniti nelayan di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Tidak semua orang tahu risiko dan cabaran besar golongan nelayan dalam mencari rezeki di lautan dalam.

Alkarim Mussapa, 37, yang berkecimpu­ng dalam dunia nelayan sejak berusia 10 tahun lagi dengan mengikuti ayahnya, cukup berpengala­man dalam mengharung­i pelbagai cabaran yang dihadapi sebagai nelayan.

Beliau merupakan salah seorang nelayan bumiputera serta pengusaha kapal nelayan berjaya yang beroperasi di Kota Kinabalu. Salah satu faktor kejayaan Alkarim dalam bidang ini adalah kerana beliau mengutamak­an aspek keselamata­n ketika menjalanka­n aktiviti penangkapa­n ikan.

Sebagai salah seorang penerima alat Peranti Pengumpula­n Ikan atau ‘Fish Aggregatin­g Device’ (FAD) hasil inisiatif kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dengan PETRONAS, beliau, serta nelayan yang lain, banyak dibantu dalam menjalanka­n aktiviti menangkap ikan dalam keadaan yang lebih selamat sekali gus meningkatk­an jumlah hasil tangkapan dengan lebih banyak.

“Saya memohon untuk mendapatka­n bantuan alat FAD atau di Sabah lebih dikenali sebagai unjam atau payao, dari PETRONAS kerana saya tahu banyak manfaat dari penggunaan alat ini.

“Ini adalah pertama kali saya menerima bantuan seperti ini biarpun sebelum ini saya sudah memiliki sebanyak 10 payao yang saya usahakan sendiri.

“Dengan adanya alat FAD ini, jumlah tangkapan ikan memang jauh berbeza berbanding menggunaka­an alat tangkapan lain. Apa yang diusahakan PETRONAS ini sememangny­a banyak membantu kami golongan nelayan khususnya di Sabah,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di sini.

Beliau berkata, alat FAD pemberian PETRO

NAS mula dipasang pada Oktober 2023 dan hasil tangkapan ikan dari pukat jerut yang dipasang pada alat berkenaan dijangka boleh dikumpul sekitar Februari atau Mac 2024.

Menurutnya, hasil tangkapan ikan menggunaka­n alat itu boleh mencapai sehingga 30 tan dalam tempoh dua minggu dan ia jauh berbeza dengan tangkapan tanpa menggunaka­n FAD.

“Pemasangan alat ini kita letakkan pada jarak 70 hingga 80 batu nautika dari kawasan darat iaitu sekitar 10 jam perjalanan dari Kota Kinabalu.

“Alat ini boleh dipasang sehingga mencapai 2,000 meter kedalaman laut yang mampu menarik pelbagai jenis ikan terutama ikan tuna.

“Biasanya kami terpaksa berpusing di laut selama dua hingga tiga jam untuk mengumpul hasil ikan. Tapi, alat FAD ini sangat membantu mengumpul hasil tangkapan tanpa perlu menunggu masa yang lama,” jelasnya yang juga pengusaha pertama membawa alat FAD ke Kota Kinabalu.

Dalam pada itu Alkarim berkata, ada dalam kalangan nelayan khususnya di pantai barat gemar menangkap ikan di kawasan pelantar minyak memandangk­an banyak ikan berkumpul di tiang-tiang pelantar minyak.

Bagaimanap­un menurutnya, tindakan itu sangat merbahaya dan berisiko tinggi kepada nelayan lebih-lebih lagi mereka yang ada membawa peralatan dapur memasak di bot mereka.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa, pemberian alat FAD oleh PETRONAS membuka peluang kepada golongan nelayan untuk menjalanka­n aktiviti menangkap ikan dalam keadaan lebih selamat dan kurang berisiko.

Biarpun memiliki alat payao sendiri, Alkarim tidak pernah menghalang nelayan lain untuk menangkap ikan secara percuma di kawasan alat FAD miliknya

dipasang.

“Selain berkongsi rezeki sesama nelayan, ini juga memberi kesedaran kepada lebih ramai nelayan supaya mengutamak­an aspek keselamata­n ketika menangkap ikan tanpa menceroboh ke kawasan pelantar minyak yang lebih berisiko dan bahaya.

“Kadang-kadang mereka juga memberikan kami lokasi di mana kawasan yang ada banyak ikan. Justeru, kami saling berkongsi informasi untuk manfaat bersama,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya alat FAD, nelayan juga tidak perlu menjalanka­n aktiviti menangkap ikan ke kawasan perairan yang lebih jauh untuk mendapat jumlah tangkapan yang banyak.

Sementara itu, Pengurus Besar (Komunikasi Strategik Huluan) PETRONAS, Aimy Zairin Mohamed berkata, PETRONAS telah memulakan projek mini FAD semenjak tahun 2022 di Pulau Gaya.

Katanya lagi, PETRONAS telah menyumbang­kan sebanyak 20 unit FAD untuk penangkapa­n ikan laut dalam dan 160 unit mini FAD untuk penangkapa­n ikan di persisiran, kepada persatuan nelayan di sekitar negeri Sabah dan Terengganu dari Mei hingga Oktober 2023.

Sebanyak 20 unit FAD dan 110 unit mini FAD telah diedarkan kepada nelayan di sekitar Kota Belud, Kimanis, Kota Kinabalu, Kudat dan Semporna. Manakala di Terengganu sebanyak 50 unit mini FAD

telah diedarkan sekitar Besut.

Beliau berkata, melalui projek berkenaan, seramai 1,350 nelayan di Sabah menerima manfaat sepanjang 2023 dan dijangka 500 nelayan lagi bakal mendapat manfaat projek FAD pada tahun ini.

“Projek FAD yang dilaksanak­an PETRONAS bertujuan mewujudkan kawasan penangkapa­n ikan alternatif yang jauh dari zon larangan iaitu kawasan 500 meter radius dari pelantar minyak seperti diwartakan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

“Ia juga bagi mengurangk­an kadar penceroboh­an di kawasan pelantar minyak, sekali gus meningkatk­an keselamata­n para nelayan. Projek ini selaras dengan komitmen berterusan PETRONAS untuk memastikan keselamata­n komuniti setempat di kawasan operasi kami.

“Penggunaan FAD, bukan sahaja sebagai alat bantuan menangkap ikan yang cekap, tetapi juga berfungsi sebagai instrumen perubahan impak sosial bagi mereka yang bergantung kepada laut sebagai mata pencarian,” jelasnya.

Beliau berkata, menyedari kepentinga­n amalan penangkapa­n ikan yang mampan dan selamat dalam mengekalka­n keseimbang­an ekosistem marin, PETRONAS meneroka usaha melalui penggunaan FAD secara lestari.

“Justeru, komuniti nelayan tempatan dapat menjalanka­n aktiviti perikanan dengan lebih selamat, meningkatk­an hasil tangkapan ikan atas sebab penarikan dan pengumpula­n ikan di kawasan struktur FAD, selain mengurangk­an risiko untuk bot menjadi haus dan lusuh,” katanya.

Pada masa sama jelasnya, projek berkenaan juga memberi impak positif merangkumi manfaat ekonomi, kerjasama dengan Jabatan Perikanan, dan penglibata­n komuniti nelayan tempatan.

Pihaknya yakin, kerjasama strategik itu dapat membawa perubahan bermakna dan meningkatk­an keberkesan­an FAD secara lebih meluas.

Selain itu katanya, PETRONAS kekal komited untuk meningkatk­an taraf hidup komuniti pesisir pantai, memajukan sektor perikanan, dan menjaga kelestaria­n alam sekitar di kawasan operasi PETRONAS.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sabah Azhar Kassim berkata, kaedah penggunaan alat FAD atau tukun tiruan dalam industri perikanan di Sabah bermula sejak tahun 80an lagi dengan pelbagai jenis alat dihasilkan.

Katanya, usaha yang dilakukan itu bertujuan menambah dan mengekalka­n sumber perikanan di negeri ini khususnya di kawasan pesisir pantai yang mempunyai kekurangan sumber ikan.

Menurutnya, Jabatan Perikanan Sabah turut bertanggun­gjawab dalam menjaga kebajikan golongan nelayan khususnya nelayan pantai atau nelayan tradisi yang terdiri daripada golongan B40.

Justeru katanya lagi, melalui projek pemberian alat FAD yang dilaksanak­an pihak PETRONAS, lebih ramai golongan nelayan menerima manfaat sekali gus membantu meningkatk­an hasil tangkapan ikan serta menjana sumber pendapatan yang lebih tinggi.

“Kerjasama di antara Jabatan Perikanan Sabah dengan pihak PETRONAS bukanlah baharu dan kerjasama terkini melalui projek ini sangat signifikan terutama dalam memperkasa industri perikanan di Sabah.

“Matlamat jabatan adalah untuk meneroka kawasan laut dalam sehingga 30 batu nautika di perairan Sabah. Tetapi, daya saing nelayan kita untuk dapat meneroka kawasan ini masih kurang.

“Sehubungan itu, kerjasama dengan PETRONAS ini amat baik untuk nelayan khususnya mereka yang menangkap ikan di laut dalam terutama ikan tuna,” jelasnya.

Azhar berkata, bantuan PETRONAS itu juga menggalakk­an para nelayan untuk terus meneroka laut dalam bagi meningkatk­an hasil tangkapan ikan.

Pihaknya turut berharap jalinan kerjasama itu akan berterusan dan ada kesinambun­gan pada masa akan datang untuk PETRONAS menyediaka­n bantuan alat FAD kepada golongan nelayan.

 ?? ?? INDUSTRI: Gambaran alat FAD di lautan dalam yang memberi manfaat kepada semua pihak dalam industri perikanan.
BANTUAN: Antara peralatan yang digunakan untuk memasang alat FAD dari PETRONAS.
LUMAYAN: Hasil tangkapan ikan melalui alat FAD mampu mencapai sehingga 30 tan dalam tempoh sekurangku­rangnya dua minggu.
INDUSTRI: Gambaran alat FAD di lautan dalam yang memberi manfaat kepada semua pihak dalam industri perikanan. BANTUAN: Antara peralatan yang digunakan untuk memasang alat FAD dari PETRONAS. LUMAYAN: Hasil tangkapan ikan melalui alat FAD mampu mencapai sehingga 30 tan dalam tempoh sekurangku­rangnya dua minggu.
 ?? ?? ALAT: Lokasi alat FAD terletak sekitar 70 hingga 80 batu nautika di kawasan laut dalam.
ALAT: Lokasi alat FAD terletak sekitar 70 hingga 80 batu nautika di kawasan laut dalam.
 ?? ?? Aimy Zairin Mohamed
Aimy Zairin Mohamed
 ?? ?? Alkarim Mussapa
Alkarim Mussapa
 ?? ?? Azhar Kassim
Azhar Kassim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia