Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Bintulu sasar jadi pelabuhan tenaga hijau

Ia bagi memenuhi keperluan tenaga hijau dan bersih dunia pada masa akan datang, kata Ruslan

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

Kami menyedari bahawa kunci dalam mencapai visi tersebut adalah dengan mempunyai infrastruk­tur kukuh, terutama pelabuhan yang cekap dan dikendalik­an dengan baik.

KUCHING: Pelabuhan Bintulu berhasrat untuk menjadi pelabuhan tenaga hijau utama bagi memenuhi keperluan tenaga hijau dan bersih dunia pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad Ruslan Abdul Ghani berkata, ia selari dengan visi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu menjadikan Sarawak sebagai kuasa ekonomi menerajui Malaysia dalam tenaga hijau dan bersih.

“Kami menyedari bahawa kunci dalam mencapai visi tersebut adalah dengan mempunyai infrastruk­tur kukuh, terutama pelabuhan yang cekap dan dikendalik­an dengan baik,”ujarnya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Ruslan memberitah­u, pelabuhan utama Sarawak yakni Pelabuhan Bintulu, merupakan pelabuhan ber

sepadu yang bukan sahaja mempunyai eksport Gas Asli Cecair (LNG) tetapi juga merupakan terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur.

Menurutnya, terminal kontena terbesar di Malaysia Timur itu juga lebih besar daripada semua kontena yang ditangani oleh kesemua lapan pelabuhan Sabah yang digabungka­n.

”Outlet eksport utama produk minyak sawit Pelabuhan

Bintulu untuk Sarawak menyumbang 95 peratus daripada eksport negeri dengan kira-kira empat juta tan setiap setahun.

”Kami berada di kedudukan ketiga di seluruh Malaysia dengan kira-kira 50 juta tan setahun.

“Dari segi nilai/kos produk, kami boleh menjadi nombor satu, terutama disebabkan 450 bilangan ganjil kapal LNG setiap tahun,” jelasnya.

Ruslan Abdul Ghani Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad

Tambah Ruslan, satu kapal kargo LNG bernilai ratusan juta dan berdasarka­n pengiraan beliau, Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Samalaju yang digabungka­n akan mampu mengendali­kan

produk bernilai hampir setengah trilion ringgit setahun.

Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap

Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Pada majlis tersebut, Pelabuhan Bintulu menyampaik­an 14 anugerah penghargaa­n kepada agensi kerajaan dan swasta serta rakan media lain sebagai tanda penghargaa­n dan pengiktira­fan Pelabuhan Bintulu atas kerjasama dan komitmen dalam membuat liputan berita dan publisiti sepanjang tahun 2023.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PENGHARGAA­N: Mohamad Abu Bakar menyampaik­an anugerah penghargaa­n kepada wartawan Utusan Borneo pada Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu, kelmarin.
— Gambar Roystein Emmor PENGHARGAA­N: Mohamad Abu Bakar menyampaik­an anugerah penghargaa­n kepada wartawan Utusan Borneo pada Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu, kelmarin.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? AMANAT: Ruslan berucap pada majlis Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu di Kuching, kelmarin.
— Gambar Roystein Emmor AMANAT: Ruslan berucap pada majlis Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia