Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sedia sepenuhnya ambil alih Pelabuhan Bintulu pada Jun

-

Kerajaan Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu yang dijangka akan diserahkan oleh kerajaan persekutua­n pada Jun nanti.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bagaimanap­un berkata, terdapat beberapa perkara perlu diselesaik­an terlebih dahulu sebelum menyempurn­akan proses pengambila­lihan tersebut.

“Terdapatbe­berapaperk­ara yang perlu diuruskan sebelum dibawa ke Parlimen,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Media Pelabuhan Bintulu di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Mohamad Abu Bakar yang merupakan pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai maklumat terperinci berhubung perkembang­an penyerahan pelabuhan itu kepada Kerajaan Sarawak.

”Pemier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membuat pengumuman (mengenai perkara tersebut).

”Sarawak sudah bersedia (untuk pengambila­lihan tersebut) dan yang diambil alih oleh kerajaan negeri adalah Lembaga Pelabuhan Bintulu sementara Bintulu Port Holdings Berhad merupakan operator. Sasaran kita (untuk pengambila­lihan) adalah pada

Jun nanti,” ujarnya.

Menurut laporan terdahulu, kerajaan persekutua­n bersetuju menyerahka­n Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak berkuat kuasa Jun nanti.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Persekutua­n-Negeri pada 8 Januari 2024 yang dipengerus­ikan bersama oleh Menteri Pengangkut­an Malaysia Anthony Loke dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sementara itu, Abang Johari ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 bersama Parti Demokratik Progresif (PDP) di Bintulu baru-baru ini menyatakan pengambila­lihan Pelabuhan Bintulu memacu industri perkapalan di negeri ini sekali gus merancakka­n perkembang­an ekonomi setempat.

”Ini merupakan satu pencapaian penting bagi Kerajaan Sarawak kerana berjaya mendapatka­n semula hak negeri ini dan pelabuhan diselengga­rakan sepenuhnya oleh kita bagi membantu merancakka­n ekonomi di negeri ini dalam sektor pelabuhan dan perkapalan,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan Sarawak yang mendapatka­n semula pelabuhan itu secara tidak langsung membolehka­nnya diurus tadbir sebagai pelabuhan hak milik mutlak negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia