Utusan Borneo (Sarawak)

James Hii dilantik semula ketua cawangan SHEDA Miri

-

James Hii Sing Lung dipilih semula sebagai ketua cawangan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Miri.

SHEDA Cawangan Miri telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-24 merangkap pemilihan ahli-ahli cawangan bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 24 Februari lepas.

James Hii, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Green Summit Developmen­t Group, telah dilantik semula sebagai ketua cawangan berkuat kuasa 24 Februari 2024 dan seterusnya.

Semasa mesyuarat tersebut dalam ucapannya James menekankan bahawa memasuki tahun 2024, pemulihan pascaCOVID-19 kepada pasaran dan ekonomi akhirnya telah kembali ke landasan yang betul.

Bagaimanap­un tambahnya, cabaran yang dihadapi oleh industri hartanah kekal teruk disebabkan pelbagai faktor.

“Adalah penting bagi ahli-ahli SHEDA untuk terus kekal bersatu dalam menangani, menyelesai­kan dan mengatasi semua cabaran penting melalui kerjasama dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan,” katanya.

James juga mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli SHEDA Miri atas sumbangan dan sokongan mereka sepanjang penggal lalu dan berharap mereka dapat terus mengambil bahagian secara aktif pada penggal yang akan datang.

Sementara itu, semasa AGM tersebut Hii Lu Hua (Jiajaya Sdn Bhd) telah dipilih sebagai timbalan ketua dan Kong San Hoe (Rich Venture Constructi­on Sdn Bhd) telah dipilih sebagai setiausaha manakala Chan

Ho Lin (Green Summit Developmen­t Sdn Bhd) telah dilantik sebagai penolong setiausaha.

Dato Sri Wong Yew Hui daripada Y.H. Wong Enterprise Sdn Bhd pula dipilih sebagai bendahari.

Ahli-ahli jawatankua­sa yang telah dipilih terdiri daripada Lau Ping Tak (Miri Housing Developmen­t Realty Sdn Bhd), Chan Chiok Yu (WSL Xiang Xiang Sdn Bhd), Voon Chien Wun (Miri North City Developmen­t Sdn Bhd), Ha How Ming (Amerflex Sdn Bhd), Lau Kieng Fong (Jeban Sdn Bhd) dan Jong Chin Hwa (Dinospec Technology Sdn Bhd).

Turut hadir pada sidang AGM ialah ex officio SHEDA Cawangan Miri Tiong Chee Chin daripada Borwak Sdn Bhd dan juruaudit dilantik Wong Bak Zhen daripada Min Sing Co Sdn Bhd.

 ?? ?? PEMILIHAN: Para ahli SHEDA Cawangan Miri bermesyuar­at semasa AGM tersebut.
PEMILIHAN: Para ahli SHEDA Cawangan Miri bermesyuar­at semasa AGM tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia