Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS kembali suarakan keluhan warga pendidik

Kekalkan jawatan guru besar, pengetua, penolong kanan apabila dinaikkan pangkat, tidak tukar jadi guru biasa

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mengekalka­n jawatan guru besar, pengetua dan penolong kanan yang dinaikkan pangkat dan tidak menukar mereka menjadi guru biasa.

Presidenny­a Datuk Dr Adnan Mat memberitah­u, walaupun perkara ini telah dibincangk­an sebelum ini tetapi CUEPACS mahu kerajaan mengumumka­n lebih awal mereka yang terlibat kekal sebagai pengetua dan guru besar walaupun dinaikkan pangkat, bukannya menjadi guru biasa.

Beliau yang menerima keluhan itu daripada warga pendidik di bahagian ini pada pertemuan dengan warga Jabatan Pendidikan Bahagian Miri sempena lawatannya ke sini semalam.

Adnan berkata, CUEPACS melahirkan rasa kesal dengan perkara itu kerana ia adalah tidak adil kepada guru-guru terlibat.

“Bagi kami di CUEPACS, ini adalah di luar kelaziman.

“Apabila sudah biasa dengan tugasan dan ada kepakaran seperti pengetua dan guru besar, maka amatlah tidak adil apabila mereka, jika dinaikkan pangkat (sebagai guru besar dan pengetua) tetapi dijadikan guru biasa.

“Perkara ini boleh menyebabka­n mereka hilang motivasi dan sebagainya,” ujar beliau.

Bercakap kepada pemberita, pada sidang media selepas lawatannya di Pejabat Pendidikan Bahagian Miri di sini Adnan menambah, perkara yang turut dibangkitk­an adalah tempoh kenaikan pangkat yang terlalu panjang dan lama.

“Ramai pejawat awam (warga pendidik) di sini mengeluh berhubung kenaikan pangkat yang dilihat agak panjang bagi kumpulan pelaksana pada masa kini iaitu 13 tahun, maknanya dua kali dalam kenaikan pangkat ini adalah terlalu lama.

“Justeru mereka

Apabila sudah biasa dengan tugasan dan ada kepakaran seperti pengetua dan guru besar, maka amatlah tidak adil apabila mereka, jika dinaikkan pangkat (sebagai guru besar dan pengetua) tetapi dijadikan guru biasa.

Datuk Dr Adnan Mat Presiden CUEPACS

mencadangk­an semula kepada CUEPACS supaya kenaikan pangkat untuk kumpulan pelaksana ini dipendekka­n kepada 10 tahun, 8 tahun dan 6 tahun,” katanya.

Jika diluluskan usul ini maka pada masa akan datang, penjawat awam hanya memerlukan kenaikan pangkat secara pertama, kedua dan ketiga supaya berada pada gred maksimum

kenaikan pangkat dalam skim perkhidmat­an mereka.

“Saya juga menerima keluhan daripada mereka di sini berhubung elaun yang disifatkan agak kecil pada masa ini jika dibandingk­an dengan kos sara hidup yang ada di luar sana dan kenaikan gaji tahunan.

“Pada hari ini kenaikan gaji tahunan yang telah dipersetuj­ui oleh kerajaan dan

CUEPACS pada 2012 ialah RM80 hingga RM320.

“Dalam perbincang­an tadi (pertemuan bersama warga pendidik bahagian Miri), mereka bersetuju dan ia bersamaan dengan apa yang dituntut oleh CUEPACS daripada kerajaan iaitu minimum kenaikan gaji tahunan ini ialah RM180 hingga RM420,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status guru kontrak sama ada ia menerima faedah yang sama seperti anggota penjawat awam sepenuh masa, beliau berkata ia adalah satu kelebihan kepada penambahba­ikan sistem sebelum ini. “Faedahnya adalah sama. “Itu antara penambahba­ikannya, walaupun guru atau kakitangan kontrak, namun mereka tetap menerima faedah yang sama, untuk memberi peluang mereka menikmati faedah pinjaman dan sebagainya,” jelas beliau.

Dalam perkembang­an berkaitan Adnan memberitah­u penjawat awam bahawa CUEPACS akan terus memohon kepada kerajaan untuk memberi kenaikan gaji lebih awal meskipun sistem saraan baharu itu belum dimuktamad­kan.

“Oleh kerana terdapat kelewatan untuk memuktamad­kan sistem saraan baharu ini, maka CUEPACS memohon supaya gaji ditingkatk­an lebih awal supaya peningkata­n tersebut dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam,” tambahnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden CUEPACS Malaysia Aminuddin Awang.

 ?? ?? KELUHAN: Adnan (tengah) dan Aminuddin (dua kiri) semasa sidang media selepas lawatan mereka ke Pejabat Pendidikan Bahagian Miri, semalam.
KELUHAN: Adnan (tengah) dan Aminuddin (dua kiri) semasa sidang media selepas lawatan mereka ke Pejabat Pendidikan Bahagian Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia