Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Gunung Ngeli di Simunjan bakal memiliki kemudahan balai raya

-

Penduduk Kampung Gunung Ngeli di Simunjan bakal memiliki sebuah balai raya sendiri untuk kegunaan melaksanak­an aktiviti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan AwlaDrisda­lamlaporan­Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, balai raya bernilai RM200,000 itu dibina menggunaka­n dana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) ADUN Simunjan Tahun 2024.

“Mulai tahun depan, penduduk Kampung Gunung Ngeli tidak lagi menggunaka­n kanopi untuk sambutan Tahun Baharu Cina kerana sebuah balai raya akan dibina di sini yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat bagi menganjurk­an aktiviti bercorak kemasyarak­atan.

“Peruntukan untuk membina dewan ini adalah sebanyak RM200,000

menggunaka­n peruntukan RTP saya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi yang menyelia projek balai raya tersebut nanti,” ujarnya.

Awla berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Kampung Gunung Ngeli kelmarin.

Awla turut mengucapka­n tahniah dan syabas kepada

ketiga-tiga Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) masyarakat Cina di kawasan Simunjan kerana berjaya menganjurk­an majlis makan malam sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 yang disambut dengan amat meriah.

Beliau percaya masyarakat di Sarawak amat berfikiran terbuka dari segi pergaulan khususnya di Simunjan yang mana penduduk boleh bergaul mesra tanpa mengira bangsa.

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n tarian daripada setiap JKKK, persembaha­n nyanyian karaoke oleh tetamu jemputan dan persembaha­n tarian poco-poco.

Turut hadir memeriahka­n majlis tersebut ialah isteri Awla, Napsiah Abang Kaderi, Pegawai Daerah Simunjan Seroji Ludin mewakili Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli, Pemanca Cina Kawasan Simunjan Liew Wee Tchiun, Pengerusi JKKK Kampung Gunung Ngeli Kapitan Lai Pian Sin, Pengerusi JKKK Pasar Simunjan Kapitan Liew Jau Kheng dan Pengerusi JKKK Kampung Terasi Cina Kapitan Tan Chiew Sia.

 ?? — Gambar UKAS ?? PAKAIAN KHAS: Kapitan Lai Pian Sin mengenakan Baju Naga kepada Awla.
— Gambar UKAS PAKAIAN KHAS: Kapitan Lai Pian Sin mengenakan Baju Naga kepada Awla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia