Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS Ba’Kelalan santuni anggota bomba Lawas, Limbang

-

Usaha anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dan Zon Tujuh Limbang yang bertungkus­lumus memadam kebakaran terus mendapat bantuan dan perhatian daripada pelbagai pihak.

SABERKAS Cawangan Ba’Kelalan turun padang menghulurk­an sumbangan berbentuk minuman dan makanan kepada pasukan pemadam kebakaran belukar di Banting, Jalan Kuala Lawas.

Exco SABERKAS Negeri Sarawak Steve Lius memberitah­u, sumbangan ikhlas SABERKAS Cawangan Ba’Kelalan adalah bagi menghargai usaha dan komitmen tinggi BBP Lawas menjalanka­n operasi pemadaman belukar di Banting sejak sembilan hari lalu tanpa henti.

“Kita difahamkan kebakaran sukar dikawal disebabkan faktor angin dan cuaca kering.

“Malahan suhu melampau di kawasan kebakaran turut mencecah suhu berbahaya dan mencetuska­n semula kebakaran yang kini mula merebak ke kawasan baharu bersebelah­an,” katanya ketika ditemui media di Pusat Kawalan Operasi Bomba dan Penyelamat di Banting, Jalan Kuala Lawas semalam.

Steve juga berharap agar pihak bertanggun­gjawab dapat mengaktifk­an bantuan daripada jawatankua­sa bencana daerah.

“Memandangk­an kebakaran semakin melibatkan kawasan luas, perlu rasanya diisytihar­kan operasi memadam api di Banting sebagai bencana.

“Ini membolehka­n semua aset dan tenaga kerja dipertingk­atkan dengan melibatkan berbagai pasukan keselamata­n,” ujar Steve.

Terdahulu Ketua BBP

Lawas Azman Ibrahim berkata, pihaknya telah mengguna pakai pelbagai kaedah termasuk membuat parit dan sebagainya bagi mengekang kebakaran daripada merebak.

“Cabaran cuaca panas dan angin kencang yang bertiup tidak menentu telah menyebabka­n bara api kembali marak kerana segala elemen pencetus api berada di lokasi,” ujarnya.

Azman berterima kasih atas sokongan pelbagai pihak yang telah memberi kekuatan untuk mereka terus bertahan walaupun ramai anggota bomba dan pegawai yang telah keletihan.

“Kita sentiasa berusaha dan kini kita membuat penggilira­n untuk membolehka­n anggota berehat seketika sebelum meneruskan pemadaman kebakaran belukar yang kini telah bergerak dalam tanah gambut,” ujarnya.

 ?? ?? BERI SEMANGAT: Steve (lima kiri) menghulurk­an sumbangan berupa minuman dan makanan kepada Azman untuk petugas memadam kebakaran belukar Banting, Jalan Kuala Lawas.
BERI SEMANGAT: Steve (lima kiri) menghulurk­an sumbangan berupa minuman dan makanan kepada Azman untuk petugas memadam kebakaran belukar Banting, Jalan Kuala Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia