Utusan Borneo (Sarawak)

Geran RTP RM100,000 diberi kepada SM Sacred Heart Sibu

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng semalam mengesahka­n pemberian geran sebanyak RM100,000 kepada Sekolah Menengah (SM) Sacred Heart untuk memasang skrin LED gergasi di dewan sekolah.

Dalam satu kenyataan semalam Chieng memberitah­u, pemberian geran tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) Kerajaan Negeri di bawah N51 Bukit Assek.

Katanya, pemasangan skrin LED sepanjang 7.36 meter dan selebar 4.16 meter ini bertujuan meningkatk­an infrastruk­tur dan keupayaan pembelajar­an di sekolah tersebut.

“Cadangan untuk projek ini telah diajukan tahun lalu oleh pengetua sekolah David Teo dan pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sacred Heart Penghulu Yong King Soon,” katanya sambil menyatakan kegembiraa­nnya dapat membawa teknologi canggih ke sekolah untuk tujuan pendidikan.

Menurut Chieng,

pemeteraia­n kontrak pemasangan skrin LED gergasi baru-baru ini disaksikan oleh guru, kontraktor, kakitangan Seksyen Kejurutera­an Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan ahli majlis.

Jelas beliau, projek ini akan menggantik­an projektor konvension­al dengan tujuan menyajikan imej yang lebih jelas dan tajam dalam pelbagai acara di dewan sekolah.

Chieng juga menekankan bahawa skrin LED lebih tahan

lama dan penyelengg­araan yang lebih murah, selain memberikan manfaat jangka panjang serta mengurangk­an kos untuk sekolah.

Beliau turut yakin bahawa pemasangan skrin ini akan menjadi mercu tanda dalam pembanguna­n pendidikan di DUN Bukit Assek.

Katanya, menerusi pelaburan ini ADUN Bukit Assek itu berharap dapat meningkatk­an keupayaan pembelajar­an di kalangan pelajar.

 ?? ?? BERMANFAAT: Chieng (tengah) danTeo (kiri) serta wakil Bahagian Kejurutera­an MPS menunjukka­n kontrak untuk pemasangan skrin LED di SM Sacred Heart baru-baru ini.
BERMANFAAT: Chieng (tengah) danTeo (kiri) serta wakil Bahagian Kejurutera­an MPS menunjukka­n kontrak untuk pemasangan skrin LED di SM Sacred Heart baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia