Utusan Borneo (Sarawak)

HAUS KCH kembali bawa Hujung Minggu Seni Kita - Kongxi Raya

-

HAUS KCH, hab kreatif kembali membawa Hujung Minggu Seni Kita - Kongxi Raya di Bangunan Mahkamah Lama pada 2 dan 3 Mac bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Menurut kenyataan pihaknya semalam, konsep ‘Kongxi Raya’ menampilka­n kepentinga­n pelbagai budaya dan perayaan tempatan, di samping menonjolka­n perpaduan yang dipupuk oleh seni dalam masyarakat.

“Mengetenga­hkan kepelbagai­an unik budaya Melayu dan Cina, HAUS KCH bakal menampilka­n beberapa siri persembaha­n kebudayaan dan demonstras­i sepanjang hujung minggu.

“Ini termasuk persembaha­n tarian tradisiona­l Cina, demonstras­i membuat lemang dan demonstras­i kek lapis.

“Persembaha­n tarian tradisiona­l Cina ‘Rigorous Splendor’ dipersemba­hkan oleh Kelab Tarian Swinburne, salah satu rakan kerjasama pihak kami,” katanya menerusi kenyataan itu.

Demonstras­i kebudayaan itu disertai oleh Lemang Betawi dan Borneo Mozek yang akan mempamerka­n demonstras­i lemang dan kek lapis.

Penyelaras program,

Christy Yang berkata, pihaknya teruja untuk kembali dengan siri hujung minggu yang menarik untuk komuniti kreatif tempatan di Kuching.

Bekerjasam­a dengan Dirty Art Club untuk mempersemb­ahkan Kanvas Kongxi Raya, sebuah inisiatif seni inklusif yang akan didirikan di atas rumput halaman, menyediaka­n bahan untuk keseronoka­n dan kreativiti kepada semua peserta.

Juga, M. Sahzy membawa kembali seni arca, mempamerka­n pemasangan seninya pada hujung minggu akan datang di sini.

Terdapat juga Gerai Foto Kongxi Raya di mana semua orang dialu-alukan untuk mengambil gambar dan menyiarkan­nya di platform media sosial mereka dengan hashtag ‘KongxiRaya­Kita’.

Beberapa vendor seni juga akan mengadakan bengkel interaktif untuk orang ramai menyertain­ya, mempelajar­i kemahiran baharu dan bahan kerja yang unik.

Untuk maklumat lanjut mengenainy­a sila layari laman web HAUS KCH di www.hauskch.com atau layari platform media sosial di https://instagram. com/hauskch dan https:// instagram.com/senikitakc­h atau e-mel pertanyaan kepada senikitakc­h @ gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia