Utusan Borneo (Sarawak)

KPKM optimis kemuka penyelesai­an isu padi, beras seperti diarah PM

-

BANGI: Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) optimis dapat mengemukak­an cadangan dan perincian bagi mencari penyelesai­an isu padi dan beras negara pada 20 Mac depan seperti yang diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM akan bekerjasam­a dengan kementeria­n lain untuk mendapatka­n pandangan sebelum memuktamad­kan sebarang cadangan.

“Isu padi dan beras, kita tidak boleh bertindak silo, bukan saja KPKM, ia mesti dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Ekonomi dan Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah, kerana sebarang pengumuman itu bersangkut dengan beberapa kementeria­n lain.

“Sebab itu apabila kita nak buat sesuatau macam apungkan harga ayam, kita berbincang termasuk dengan penternak, pengedar, penjual dan akhirnya baru diumumkan kita apungkan harga ayam.

“Jadi, semua pihak dalam pengetahua­n mereka. Begitu juga dengan harga beras, ia lebih rumit kerana bersangkut dengan beras import, beras putih import, beras putih tempatan, beras beriani (basmati) dan sebagainya,” katanya kepada media selepas menghadiri Simposium Peladang Muda Nasional 2024 Sempena Ulang Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke-51 di sini, malam kelmarin.

Mohamad berkata, KPKM akan mengadakan perbincang­an bersama agensiagen­si terlibat terlebih dahulu, sebelum turun ke bawah untuk mendapatka­n maklum balas daripada pihak berkepenti­ngan seperti pesawah, pengilang dan sebagainya.

“Ada yang tanya, adakah selesai segala-galanyanya 20 Mac ini? Tidak, ini langkah awal dan kita akan lihat dari pelbagai aspek,” katanya.

Jumaat lepas, Anwar dalam kenyataan telah meminta KPKM untuk mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin.

Beliau berkata, libat urus berkenaan perlu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan serta kesan kepada pengguna.

Ahad lepas, Anwar juga berkata, KPKM dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh hingga 20 Mac untuk memuktamad­kan isu berkaitan harga padi dan beras.

Sementara itu, Mohamad berkata, peladang muda perlu sentiasa cakna dengan dasar kerajaan terutamany­a yang melibatkan sektor pertanian.

Beliau berkata, banyak bentuk bantuan, insentif dan program telah diperkenal­kan oleh kerajaan menerusi KPKM dalam usaha menggalakk­an golongan muda untuk terlibat dalam sektor berkenaan.

“Selain bantuan bersifat kewangan, kerajaan juga menyediaka­n banyak latihan dan khidmat nasihat membabitka­n golongan muda bagi menimba pengetahua­n dan kemahiran dalam industri pertanian.

“Segala bentuk insentif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan akan jadi sia-sia sekiranya golongan muda tidak cakna mengenainy­a,” katanya. �� Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia