Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor diingat laksana tugas dengan baik: Minos

MPK�� tida�� laya�� ray��a�� ma��a-ma��a ��o��tra��tor da�� mere��a ya���� c��ai a��a�� dise��araihitam��a�� atas ��e��a��ala��

- Oleh Jessica Jawing Dato Peter Minos Pengerusi MPKS

KUCHING: Kontraktor terlibat dalam kerja penyelengg­aran memotong rumput dan pembersiha­n parit di kawasan Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) diberi amaran untuk melaksanak­an tugas dengan baik tanpa sebarang aduan.

Pengerusi MPKS Dato Peter Minos menegaskan, majlis tidak akan melayan rayuan mana-mana kontraktor

TAKLIMAT: Minos (depan, empat kanan) bersama yang lain merakam kenangan bersama kontraktor yang dilantik selepas taklimat mengenai tugas mereka, semalam. dan mereka yang cuai akan disenaraih­itamkan atas kegagalan.

“MPKS tidak mahu ada aduan orang ramai mengenai kerja-kerja ‘cincai’.

“Mana-mana kontraktor akan diberi amaran sehingga tiga aduan kecil dan tiga aduan utama sahaja. Jika mereka masih tidak memperbetu­lkannya, maka penamatan kontrak akan dilakukan.

“Tiada rayuan akan dilayan dan kontraktor yang cuai akan disenaraih­itamkan,” katanya semalam.

Tambah Minos, kontraktor yang dapat melaksanak­an tugas dengan baik akan dibayar segera oleh MPKS seperti yang telah dipersetuj­ui.

Terdahulu, beliau telah menghadiri taklimat kepada kontraktor baharu yang terlibat dalam pemotongan rumput dan kerja pembersiha­n parit di Samarahan semalam.

Menurut beliau, dalam taklimat berkenaan MPKS telah memberi butiran penuh kepada kontraktor di kawasan selain jadual kerja, kualiti kerja dan sebagainya.

“Bagi kontraktor yang menjalanka­n kerja dengan baik tanpa sebarang aduan awam, akan dipertimba­ngkan untuk pembaharua­n kontrak tahunan.

“Pada hari ini, kontraktor gembira kerana MPKS telah memberi taklimat sepenuhnya kepada mereka dan berjanji untuk melakukan bahagian mereka dengan sebaik mungkin,” katanya.

Minos memberitah­u, MPKS akan melibatkan diri dengan kontraktor sepanjang tempoh (kerja penyelengg­aran) untuk mewujudkan situasi menang-menang.

MPK�� tida�� mah�� ada ad��a�� ora���� ramai me����e��ai ��erja-��erja ‘ci��cai’.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia