Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching rekod peningkata­n kadar jenayah 98 kes atau 111.36 peratus

-

Kuching merekodkan peningkata­n kadar jenayah sebanyak 98 kes atau 111.36 peratus dari 1 Januari hingga 19 Februari 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, sebanyak 186 kes direkodkan di Kuching berbanding hanya 88 kes pada tempoh sama tahun lepas.

“Manakala kes jenayah non-indeks juga meningkat dari 102 tahun 2023 kepada 156 kes (2024), ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 54 kes bersamaan 53 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan dan Pelancaran Pemantauan Rapat Penyelia (C.M.O.S) IPD Kuching di sini, semalam.

Menurut Ahsmon, tiga kes jenayah penyumbang utama kepada indeks jenayah di Kuching menunjukka­n penurunan.

Antaranya adalah samun atau rompak, yang menunjukka­n penurunan kepada 3

kes (33.33 peratus) iaitu enam kes tahun ini berbanding sembilan kes tahun lepas.

“Manakala jenayah pecah rumah telah meningkat secara drastik sebanyak 20 kes (153.85 peratus) di mana pada tahun ini sebanyak 33 kes berbanding 13 kes tahun lepas.

“Ketiga, jenayah lejang telah meningkat kepada 12 kes (36.36 peratus) iaitu 33 kes (2023) manakala 2024 (45

kes),” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan turut diperkenal­kan konsep 3P iaitu Penyeliaan, Pemacu dan Prestasi dan pelancaran inisiatif C.M.O.S.

Katanya, ia bagi memantapka­n urus tadbir demi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an yang berkualiti di daerah Kuching.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada

25 penerima sijil terdiri daripada 17 pegawai rendah polis, dua pegawai awam dan lima orang awam.

Mereka menerima sijil penghargaa­n atas komitmen dan usaha positif telah ditunjukka­n dalam melaksanak­an tugas dengan cemerlang.

Melalui insiatif C.M.O.S turut diperkenal­kan konsep Know Your Man, Briefing/Debriefing, RCG dan E-aduan.

 ?? ?? LANCAR: Ahsmon (kiri) semasa melancarka­n C.M.O.S di Kuching, semalam.
LANCAR: Ahsmon (kiri) semasa melancarka­n C.M.O.S di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia