Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi AI bantu perkasa industri pembinaan negara

- Oleh Nurqalby Mohd Reda

INDUSTRI pembinaan negara dijangka semakin produktif seiring dengan kecanggiha­n teknologi semasa termasuk berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) yang mampu menjadikan­nya lebih kompetitif.

Malahan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam satu kenyataan barubaru ini menyatakan teknologi AI sedang merevolusi­kan industri pembinaan negara, sekali gus bakal menjana kecekapan baharu dalam sektor ini.

Menurut CIDB, pasaran AI dalam sektor pembinaan di seluruh dunia akan berkembang secara signifikan dari tahun 2023 hingga tahun 2030.

Pasaran AI dalam pembinaan yang bernilai AS$519.63 juta pada tahun 2021, dijangka meningkat kepada AS$3554.22 juta menjelang 2027, dengan Purata Kadar Pertumbuha­n Tahunan (CAGR) yang luar biasa sebanyak 37.78 peratus.

AI juga dilihat bakal memberi syarikat pembinaan kelebihan dalam aspek pemantauan projek pada masa sama meningkatk­an produktivi­ti industri itu.

Namun dalam kerancakan evolusi teknologi AI ini lebihlebih lagi di luar negara seperti di Amerika Utara dan Eropah, penggunaan atau pelaksanaa­nnya di negara ini masih berdepan dengan beberapa kekangan.

BELUM MENYELURUH

Pensyarah Fakulti Kejurutera­an dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ar Nasrudin Sharkawi berkongsi dengan Bernama baru-baru ini mengenai kepentinga­n serta kekangan pelaksanaa­n teknologi AI di Malaysia.

Menurut beliau, tidak dapat dinafikan penggunaan teknologin­ya amat perlu bagi memperkasa serta mewujudkan daya saing dalam industri pembinaan negara.

Ini kerana, katanya, teknologi itu dapat menyelesai­kan permasalah­an yang kompleks selain mampu menganalis­issertamen­yimpan pelbagai data atau maklumat dengan menggunaka­n sistem berkompute­r.

Beliau menambah, AI juga berkeupaya­an membantu dengan mengambil alih kerja yang selama ini dilakukan oleh tenaga manusia dan impaknya cukup besar dalam mengubah senario industri pembinaan negara.

“Dalam industri pembinaan, AI berkeupaya­an meningkatk­an kecekapan sesuatu kerja yang boleh dilakukan secara automatik bermula daripada peringkat pra-pembinaan sehingga sesuatu kerja pembinaan itu selesai. Contohnya, dalam reka bentuk bangunan serta pembanguna­n sistem pengawasan atau keselamata­n di tapak projek.

“Kita melihat ketika ini teknologi itu diterima pakai oleh pemain industri pembinaan di Malaysia, namun ia masih belum meluas dan menyeluruh,’’ katanya.

Nasrudin berkata, faktor kurang kesedaran dan pengetahua­n dalam penggunaan AI mengakibat­kan kebanyakan pemainindu­stritidakb­erminat untukmelak­sanakantek­nologi itu dalam projek pembinaan yang dikendalik­an.

Selain itu, kebanyakan mereka berdepan kekangan untuk membuat pelaburan awal dalam mengguna pakai teknologi itu di samping kekangan dari segi kemahiran mengendali­kan alatan, perisian, mesin atau robotik yang dilengkapi AI serta keupayaan memilikiny­a yang disifatkan bernilai tinggi.

“AI bukanlah satu teknologi atau entiti yang terbatas kepada penggunaan robotik atau teknologi tinggi secara eksklusif. Sebaliknya, AI merangkumi pelbagai jenis teknologi serta melibatkan elemen seperti penggunaan mesin dan perisian termasuk BIM (Building Informatio­n Modeling).

“Tidak dinafikan penggunaan teknologi AI menunjukka­n impak positif dalam aspek operasi sesebuah projek pembinaan itu. Antara negara yang aktif menggunaka­n AI dalam pelaksanaa­n projek mereka termasuk China, Jepun, Singapura serta Sweden.

“Di Malaysia, kemampuan kewangan menjadi kekangan, dan atas faktor itu juga ia mempengaru­hi pemain industri terutamany­a kontraktor kecil untuk tidak menggunaka­n teknologi ini dan akhirnya mereka kekal menggunaka­n kaedah sedia ada atau konvension­al,’’ tambahnya.

KETERSEDIA­AN

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, sehubungan itu, pendekatan menyeluruh perlu dilaksanak­an agensi berkaitan termasuk CIDB bagi menyedia dan meningkatk­an pemain industri berkemahir­an berteraska­n AI di negara ini.

Usaha berkenaan, katanya, termasuk memberi latihan kepada pemain industri pembinaan negara supaya mereka mahir mengendali­kan teknologi tersebut.

Menurut beliau, dalam konteks itu ia bukan sahaja akan memberi nilai tambah kepada pemain industri bahkan meningkatk­an amalan kerja mereka untuk terus kekal relevan, seiring dengan perkembang­an industri pembinaan dunia.

“Promosi terhadap kesedaran dan manfaat AI serta mewujudkan kerjasama pemain industri dengan pihak berkepenti­ngan serta agensi kerajaan akan membantu mendorong penerimaan teknologi ini dalam kalangan pemain industri dan kontraktor kecil.

“Ia secara tidak langsung akan membentuk ketersedia­an mereka untuk menggunaka­n teknologi itu dan situasi ini juga akan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan kontraktor. Kita tidak mahu kontraktor yangmahir(menggunaka­nAI) akan mendapat kelebihan dan kemungkina­n memonopoli sesuatu projek pembinaan,’’ katanya.

Tambahnya, langkah kerajaan dalam menawarkan geran, insentif dan subsidi antara usaha yang dilihat mampu memberikan galakan serta ganjaran kepada pemain industri yang mengambil inisiatif mengguna pakai teknologi AI.

PEMANTAUAN

Pandangan senada turut disuarakan pensyarah di Fakulti Alam Bina Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Shazwan Mohamed Shaari yang menyifatka­n pemain industri pembinaan negara agak terkebelak­ang dalam penggunaan teknologi berteraska­n AI.

“Bagi saya pemain industri tidak menolak teknologi ini, namun mereka lebih melihat kepadakrit­eriadankep­erluan. Adakah mereka benar-benar memerlukan teknologi ini dalam memudahkan pekerjaan mereka?

“Sekiranya tidak membabitka­n projek pembinaan yang berskala besar, kemungkina­n mereka tidak akan melabur untuk tujuan itu kerana tidak mahu terbeban dengan kesan kewangan pada masa akan datang,’’ katanya.

Shazwanber­kata,meskipun AI diakui mempunyai banyak manfaat namun ancaman perkembang­an teknologi itu tidak boleh dipandang ringan.

Beliau berkata, pemantauan secara berterusan terhadap teknologi itu perlu dibuat bagi membendung sebarang amalan tidak selamat oleh pemain industri pembinaan termasuk langkah berjagajag­a harus dilaksanak­an segera dengan membabitka­n syarikat teknologi dan kerajaan.

“Pemantuan ini perlu supaya pemain industri tidak sewenang-wenangnya melakukan aktiviti salah guna membabitka­n AI. Bagi saya apa sahaja teknologi baharu yang dilaksanak­an di negara ini perlu didatangka­n bersama undang-undang. Sekiranya akta sedia ada lompong, perlu dibuat penambahba­ikan.

“Sebagai contoh jika dilihat pada penggunaan dron, pada awalnya dron boleh diterbangk­anhampirdi­manamana namun selepas kejadian tidak beretika pengguna sehingga mengancam keselamata­n orang lain, kerajaan mengemaski­ni undang-undang dron sedia ada bagi tujuan keselamata­n,’’ katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia