Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pelajar SBJK capai impian ke menara gading

-

keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) telah ‘membuka jalan’ kepada mereka untuk diterima ke mana-mana institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Namun, semangat untuk menoktahka­n rantaian kemiskinan yang ‘diwarisi’ keluarga sekali gus keluar daripada kehidupan di lorong gelap seakan terhenti tatkala mengisi borang permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian yang antara lain meminta mereka mengemukak­an dokumen pengenalan diri.

Hampir berputus asa, Puteri Nur Arissa Mohd Noor, 21, bekas pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Chow Kit tidak menyangka polemik yang sekian lama membelengg­u komuniti jalanan dengan pelbagai episod suram berikutan ketiadaan dokumen pengenalan diri, turut memberi kesan kepada dirinya dalam usaha menggapai impian menjadi pendidik.

Ketiadaan kad pengenalan hampir menamatkan impian anak keempat daripada lima beradik ini untuk menyambung pelajaran ke menara gading, hinggalah apabila pihak SBJK bersama Kementeria­n Pendidikan (KPM) melakukan pelbagai usaha bagi membolehka­n dia melanjutka­n pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 30 September lepas.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur

MEMPEROLEH

dengan semua peluang ini...Walaupun jalannya (menuntut iImu) sukar bermula daripada PT3 (Pentaksira­n Tingkatan Tiga)

SPM dan STPM, saya gembira apabila akhirnya berjaya juga menjejakka­n kaki ke menara gading.

“Ia menjadi pembakar semangat untuk saya terus mengejar cita-cita dan semua kejayaan ini bukan untuk diri sendiri sebaliknya untuk semua yang membantu terutama warga SBJK yang sudah saya anggap seperti

keluarga sendiri,” katanya kepada Bernama.

Mengharapk­an masalah dokumen pengenalan dirinya dapat diselesaik­an dengan segera, dia berkata kejayaan melanjutka­n pelajaran ke UKM diharap dapat dijadikan contoh kepada kanak-kanak jalanan lain agar mereka tidak mudah berputus asa dan terus memasang impian

Ketiadaan dokumen pengenalan diri yang merantai kanak-kanak jalanan di tengah ibu kota hingga ke hari ini terus menjadi cabaran utama buat komuniti ini untuk ‘terbang lebih tinggi’ mahupun ‘membebaska­n diri’ daripada mewarisi kehidupan sebagai penghuni lorong gelap. Dua kejayaan anak-anak jalanan melanjutka­n pelajaran ke univesiti awam adalah bukti masih ada ‘sinar’ untuk mereka.

keluar daripada kehidupan sedia ada.

Begitu juga dengan Puteri Umira Abdul Razak, 21, yang mengakui kehidupann­ya selama ini bagaikan ‘pelarian’ dan sentiasa diselubung­i ketakutan ditangkap pihak berkuasa kerana tiada dokumen pengenalan diri sebelum memperoleh MyKad pada 2022.

“Alhamdulil­lah kini semuanya sudah selesai… dengan adanya dokumen pengenalan diri termasuk sijil kelahiran dan MyKad saya dapat bergerak ‘bebas’ tanpa ragu-ragu.

“Saya sangat menghargai bantuan semua pihak khususnya SBJK, tempat saya belajar walaupun tanpa dokumen ketika itu,” katanya yang memperoleh dokumen tersebut ketika berada di Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya, Cheras di Kuala Lumpur.

Anak keempat daripada lima beradik ini yang kini menyambung­pengajiand­alam bidang Pengajian Bahasa Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UKM, sama seperti Puteri Nur

Arissa ingin menjadi pendidik sebaik tamat pengajian bagi memperjuan­gkan nasib kanak-kanak jalanan.

Sementara itu, Pengetua SBJK Zamzuri Abdullah berkata sejak sekolah itu ditubuhkan pada 2013, tiga pelajarnya telah berjaya menjejakka­n kaki ke menara gading, dua di tingkatan enam, manakala dua lagi berjaya menjadi usahawan, selain sebahagian lagi mendapat latihan di kolej komuniti dan menjadi guru tadika.

Pelajar sekolah berkenaan juga mencatatka­n pencapaian memberangs­angkan apabila keputusan peperiksaa­n SPM meningkat daripada 67 peratus kepada 82 peratus, malah pada peperiksaa­n SPM 2022 kesemua lapan calon SBJK memperoleh keputusan membanggak­an iaitu 100 peratus berjaya layak mendapat sijil SPM.

Kejayaan itu membuktika­n bahawa komuniti yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu juga mampu berjaya sekiranya diberi akses pendidikan sama seperti kanak kanak lain. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KEJAR IMPIAN: Puteri Umira (kiri) dan Puteri Nur Arissa merupakan bekas pelajar SBJK yang berjaya melanjutka­n pengajian di UKM.
— Gambar Bernama KEJAR IMPIAN: Puteri Umira (kiri) dan Puteri Nur Arissa merupakan bekas pelajar SBJK yang berjaya melanjutka­n pengajian di UKM.
 ?? ?? PUTERI NUR ARISSA
PUTERI NUR ARISSA
 ?? ?? PUTERI UMIRA
PUTERI UMIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia