Utusan Borneo (Sarawak)

Alibaba Cloud bekerjasam­a dengan Universiti Malaya tingkat kecekapan digital Malaysia

- Oleh Harshini Anantha Rao

Alibaba Cloud, rangkaian teknologi digital dan kepakaran kecerdasan buatan (AI) bagi Kumpulan Alibaba mengumumka­n kerjasama dengan Universiti Malaya (UM) melalui Program Pemberdaya­an Akademik Alibaba Cloud (AAEP) baru-baru ini.

Kerjasama itu bertujuan memperkena­lkan kurikulum dalam pengkomput­eran awan dan AI kepada pelajar dan pendidik di UM.

Kedua-dua pihak turut mengumumka­n pelancaran program latihan industri Alibaba Cloud dan Pusat Kemahiran Akademi Alibaba Cloud di UM menerusi kolaborati­f yang bertujuan membentuk generasi seterusnya pemimpin dan bakat digital tempatan di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, pelajar dan pendidik UM berpeluang meningkatk­an pemahaman mereka terhadap teknologi awan melalui penyertaan dalam bengkel teknologi terkini, sesi latihan menyeluruh yang tersedia secara dalam talian dan luar talian, serta pelbagai kursus pensijilan yang ditawarkan melalui program AAEP.

Kolaborati­f itu dimeterai menerusi Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Alibaba Cloud dan UM pada satu majlis di UM baru-baru ini yang turut menyaksika­n pelancaran Pusat Kemahiran Akademi Alibaba Cloud di UM.

Pusat kemahiran itu berperanan sebagai pusat latihan, bengkel dan kem-kem latihan dengan tema bulanan merangkumi pelbagai topik,

daripada AI sehinggala­h Pengurusan Pangkalan Data dan Pengkomput­eran Elastik untuk memastikan pendidikan yang menyeluruh.

Selain itu, Alibaba Cloud melancarka­n program latihan industri baharu yang dipanggil ‘Future Star’ di Malaysia, dengan UM menjadi universiti perintis untuk program tersebut.

Program ini menyediaka­n platform dinamik untuk pembanguna­n bakat, memberikan latihan menyeluruh, pengalaman dunia nyata dan mentor eksklusif selama tiga hingga enam bulan kepada peserta.

Struktur program ini memberikan pemahaman holistik

terhadap pelbagai peranan dalam Alibaba Cloud, sekali gus memastikan peserta bersedia untuk menyumbang kepada industri pengkomput­eran awan dalam era digital.

Pengurus Wilayah Indonesia dan Malaysia, Alibaba Cloud Intelligen­ce Sean Yuan berkata, memupuk masa depan digital memerlukan pendekatan proaktif yang menyokong individu dan organisasi di barisan hadapan digitalisa­si.

“Ini sejajar dengan komitmen dan pelaburan berterusan kami dalam memupuk bakat digital di Malaysia.

“Kami gembira menerima Universiti Malaya sebagai

rakan dalam program AAEP serta Pusat Kemahiran Alibaba Cloud dan program latihan industri pertama kami di Malaysia.

“Kami mengalu-alukan inisiatif UM yang progresif dan komitmen yang teguh untuk memberdaya­kan pelajar dan pendidik dengan alat dan kemahiran yang diperlukan.

“Kami yakin melalui kerjasama ini, mereka akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapatka­n wawasan digital dan mengecap pelbagai peluang dalam dunia yang semakin terdigital­isasi,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor (Penyelidik­an dan

Inovasi) Universiti Malaya Profesor Ir Dr Kaharudin Dimyati berkata, sejak awal UM mengakui bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuha­n ekonomi dan kemajuan di Malaysia.

“Oleh itu, semua program kami, termasuk inisiatif yang akan datang, kukuh dalam teknologi. Kami secara konsisten menyediaka­n pendidik dan pelajar kami dengan alat digital yang diperlukan untuk kekal di barisan hadapan perkembang­an ini.

“Integrasi AAEP ke dalam kurikulum pengajaran kami adalah bukti komitmen kami kerana ia akan memperkuku­hkan program-program kami yang sedia ada dan menyumbang kepada perkembang­an graduan dan profesiona­l yang bersedia memimpin pertumbuha­n digital dalam bidang masing-masing,” katanya.

Program AAEP akan memberikan pelajar UM akses kepada sumber-sumber pembelajar­an Akademi Alibaba Cloud, termasuk lebih daripada 300 kursus pensijilan dalam talian dan luar talian, 16 pensijilan profesiona­l, 250 makmal latihan dalam talian dengan lebih daripada 300 rakan-rakan sejagat daripada Akademi Alibaba Cloud.

Alibaba Cloud akan menganjurk­an program orientasi menyeluruh yang tertumpu kepada pengkomput­eran awan, keselamata­n dan pangkalan data bagi kakitangan akademik UM dan membolehka­n pendidik memahami dan menyampaik­an kursus Alibaba Cloud yang boleh diintegras­ikan ke dalam kurikulum mereka sebagai bahan pengajaran.

 ?? ?? TERMETERAI: Kaharudin (kiri) dan Yuan bertukar-tukar dokumen MoU pada satu majlis di Universiti Malaya, baru-baru ini.
TERMETERAI: Kaharudin (kiri) dan Yuan bertukar-tukar dokumen MoU pada satu majlis di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia