Utusan Borneo (Sarawak)

MITI cadang One-Time Subsidy untuk pemilikan kenderaan EV, kata Liew

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri (MITI) telah mengemukak­an cadangan ‘One-Time Subsidy’ untuk pemilikan kenderaan elektrik (EV) bagi menggalakk­an perkembang­an industri itu di negara ini.

TimbalanMe­nterinya,Liew Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).

“Diperhatik­an pemberian ‘One-Time Subsidy’ ini dapat menggalakk­an rakyat beralih daripada menggunaka­n kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV dan seterusnya membantu negara mengurangk­an subsidi petrol untuk jangka masa panjang.

“Cadangan ini sedang diperhalus­i oleh MoF,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Liew menjawab soalan tambahan Datuk Iskandar Dzulkarnai­n Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu sama ada galakan disediakan untuk menarik minat golongan M40 yang berkemampu­an memiliki EV pada masa akan datang.

Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 yang diumumkan kerajaan pada 2020 menggarisk­an sasaran 10,000 pengecas EV menjelang 2025 iaitu 9,000 unit adalah pengecas AC (arus ulang-alik) dan 1,000 unit pengecas DC (arus terus).

Pada 2023, jumlah jualan tahunan BEV baharu dalam negara telah meningkat lebih 400 peratus iaitu sebanyak 13,257 unit berbanding jumlah jualan tahunan sebanyak 3,127 unit pada 2022.

Setakat 31 Dis 2023, sejumlah 2,020 unit pengecas telah dipasang di 750 lokasi di seluruh negara, iaitu 1,591 unit adalah jenis AC dan baki 429 unit, jenis DC.

Beliau berkata cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000 unit pengecas EV juga telah dibangkitk­an dalam Mesyuarat NEVSC Bil. 1/2024 selain MITI bersama agensi berkaitan, Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporatio­n (MGTC) sedang mengkaji dan memperhalu­si kewajaran meningkatk­an sasaran pengecas DC.

“Hasil penemuan kajian tersebut akan dibentangk­an dalam Mesyuarat NEVSC yang akan diadakan pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PHTebrau) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menyatukan bayaran perkhidmat­an sistem pengecas EV dalam satu aplikasi, Liew berkata kerajaan memang berhasrat untuk mengadakan aplikasi dan menggabung­kan semua aplikasi bagi pembayaran pengecas EV.

“Tetapi ia memerlukan kerjasama daripada pengendali pusat pengecasan (CPO) dan kerajaan dalam usaha untuk mengadakan perbincang­an dengan pihak CPO bagi mewujudkan kebolehope­rasian antara semua syarikat,” katanya. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia