Utusan Borneo (Sarawak)

KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox

Ia akan menjadi platform mengintegr­asikan teknologi, kajian pembinaan jalan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melaksanak­an program Sandbox Infrastruk­tur Jalan Pintar yang bakal menyelesai­kan pelbagai isu berkaitan jalan raya, termasuk isu perabot jalan.

KKR dalam kenyataan semalam berkata selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekanan kepada transforma­si digital, jalinan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) akan memperluas­kan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggar­aan infrastruk­tur jalan dan sektor pembinaan.

Menurutnya, program Sandbox ini akan menjadi platform dalam mengintegr­asikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelengg­araan jalan agar dapat dilaksanak­an secara inklusif di seluruh negara.

MOSTI dalam pertemuan dengan KKR hampir satu jam kelmarin membentang­kan inisiatif Sandbox serta pencapaian program terdahulu yang memberi impak kepada ekonomi dan rakyat.

“Antara pencapaian yang diketengah­kan termasukla­h Sandbox Pembinaan bersama Institut Penyelidik­an Pembinaan Malaysia (CREAM) dan Kotak Pintar Lebuhraya Pintar bersama PLUS. Kedua-dua Sandbox ini berperanan sebagai pemangkin kepada penyelesai­an masalah di lapangan bagi meningkatk­an kesejahter­aan dan kualiti hidup rakyat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan sama berkata melalui program Sandbox, inovasi yang dihasilkan oleh kementeria­nnya dan agensi terlibat juga mampu diketengah­kan.

“Melalui Pusat Kecemerlan­gan Kejurutera­an dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) dan CREAM, yang menerajui kajian dan inovasi sektor penyenggar­aan infrastruk­tur dan pembinaan, pelbagai hasil inovatif telah mendapat pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa. Produk-produk ini berpotensi untuk diketengah­kan dan digunakan secara meluas oleh sektor-sektor yang terlibat.

“Ini termasukla­h melihat kepada teknologi pembinaan jalan yang menggunaka­n bahan yang lebih berdaya tahan, tampalan jalan yang lebih berkualiti dan tahan lama, teknologi perabot jalan yang dapat meningkatk­an tahap keselamata­n pengguna jalan raya dan sebagainya. Ini sejajar dengan semangat Program MYJalan yang diketengah­kan oleh KKR,” katanya.

Aplikasi MYJalan merupakan platform aduan setempat bagi memudahkan pengguna membuat aduan kerosakan jalan raya. — Bernama

Antara pencapaian yang diketengah­kan termasukla­h Sandbox Pembinaan bersama Institut Penyelidik­an Pembinaan Malaysia (CREAM) dan Kotak Pintar Lebuhraya Pintar bersama PLUS. Kedua-dua Sandbox ini berperanan sebagai pemangkin kepada penyelesai­an masalah di lapangan bagi meningkatk­a n kesejahter­aan dan kualiti hidup rakyat.

Kenyataan KKR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia