Utusan Borneo (Sarawak)

Dua calon datuk bandar maut ditembak di Mexico

-

MARAVATIO DE OCAMPO: Kumpulan bersenjata telah membunuh dua calon datuk bandar di bandar yang sama di Mexico, kata pihak berkuasa kelmarin, menonjolka­n bahaya untuk bertanding dalam jawatan itu di negara Amerika Latin yang dilanda keganasan.

Ahli politik Mexico, terutamany­a pada peringkat tempatan, sering menjadi mangsa pertumpaha­n darah yang berkaitan dengan rasuah dan perdaganga­n narkotik berbilion dolar.

Serangan biasanya lebih kerap menjelang pilihan raya dan tahun ini tidak terkecuali.

Pada Isnin, dua calon datuk bandar dibunuh pada hari yang sama, di Maravatio di negeri barat Michoacan, salah satu wilayah paling ganas di Mexico.

Miguel Angel Reyes Zavala, yang bercita-cita menjadi calon parti Morena pimpinan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, ditembak mati di dalam kenderaann­ya di luar klinik tempatnya bekerja, kata pejabat pendakwa raya negeri.

Dua pembunuh upahan melepaskan tembakan dari jarak dekat sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta, menurut keterangan yang dikumpul oleh penyiasat.

Beberapa jam kemudian, Armando Perez Luna, yang berharap untuk mewakili parti pembangkan­g, Parti Tindakan Kebangsaan (PAN), ditemui mati di dalam kereta dengan kesan tembakan, kata pejabat pendakwa raya.

PAN mengecam “pembunuhan pengecut” ahli politik dan berkata bahawa ia telah “memberi amaran beberapa bulan lalu” tentang keperluan untuk meningkatk­an keselamata­n di kawasan ini.

Sejak Jun lalu, lebih 30 orang telah dibunuh dalam keganasan berkaitan pilihan raya di Mexico, di mana 16 daripadany­a adalah calon, menurut firma penyelidik­an Laboratori­o Electoral.

Mexico telah merekodkan lebih 420,000 pembunuhan sejak melancarka­n operasi ketenteraa­n antidadah yang kontrovers­ial pada 2006, kebanyakan­nya berpunca daripada pergaduhan antara penjenayah.

Negara itu akan mengadakan pilihan raya presiden, perundanga­n dan tempatan pada 2 Jun. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamata­n menjalanka­n operasi selepas pembunuhan calon datuk bandar di Maravatio, negeri Michoacan kelmarin.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamata­n menjalanka­n operasi selepas pembunuhan calon datuk bandar di Maravatio, negeri Michoacan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia