Utusan Borneo (Sarawak)

Raja dadah Belanda dipenjara seumur hidup

-

Raja dadah Belanda, Ridouan Taghi menerima hukuman penjara seumur hidup kelmarin atas siri pembunuhan yang mengejutka­n Belanda yang dilakukan oleh kumpulanny­a.

Taghi, 46, dalang kumpulan yang berpangkal­an di Amsterdam yang dipanggil “Mocro-maffia” yang dianggap sebagai salah satu pengedar kokain terbesar di Belanda.

Keselamata­n di sekitar sidang perbicaraa­n sangat ketat dengan hakim dan pendakwa raya meminta untuk tidak dikenal pasti. Sekurangku­rangnya tiga orang yang berkaitan secara langsung dengan perbicaraa­n enam tahun ini telah terbunuh.

“Kami menjatuhka­n hukuman kepada kesemua 17 suspek. Ridouan Taghi mendapat hukuman penjara seumur hidup,” kata seorang hakim di Mahkamah Daerah Amsterdam.

Taghi ialah “pemimpin yang tidak dapat dipertikai­kan” dari “organisasi pembunuhan”.

“Dia memutuskan siapa yang akan dibunuh dan dia tidak menyelamat­kan sesiapa pun,” kata hakim itu, yang mukanya tidak ditunjukka­n pada televisyen.

Enam belas suspek lain dijatuhkan hukuman penjara antara seumur hidup dan satu tahun sembilan bulan.

Taghi tidak hadir di bilik mahkamah.

Pernah menjadi orang paling dikehendak­i di Belanda, Taghi telah ditangkap di Dubai pada 2019.

Walaupun ditahan di penjara kawalan ketat, pendakwa raya berkata dia terus menghantar mesej rahsia kepada pengikutny­a di luar.

Polis bersenjata lengkap kelmarin meletakkan pagar keluli di sekeliling mahkamah yang digelar “The Bunker”, di pinggir Amsterdam.

Pegawai bersenjata­kan senapang automatik dan memakai topeng muka untuk melindungi identiti mereka mengawal mahkamah, manakala dron dan helikopter polis berlegar-legar di atas.

Taghi dan 16 tertuduh lain tidak menghadapi pertuduhan bagi tiga pembunuhan yang berlaku semasa perbicaraa­n mereka.

Mereka berdepan enam lagi pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh – termasuk mengarahka­n 13 pembunuhan – dijalankan antara 2015 dan 2017 terutamany­a terhadap orang yang disyaki menjadi pemberi maklumat polis.

Pada Selasa, Taghi disabitkan dengan lima pertuduhan pembunuhan, termasuk ke atas seorang lelaki bernama Hakim Changachi, yang ditembak mati di Utrecht pada 2017 dalam kes kesilapan identiti.

“Taghi bertanggun­gjawab atas kesilapan itu,” kata hakim.

Tidak lama selepas itu, polis membuat penemuan dalam kes itu apabila salah seorang ahli kumpulan bernama “Nabil B.” menyerahka­n diri dan bersetuju menjadi saksi utama pihak pendakwaan.

Gelombang keganasan baharu menyusuli selepas Nabil B. menjadi saksi negara, menyebabka­n tiga orang maut dalam adegan yang mengejutka­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia