Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan rakyat Nigeria protes kenaikan kos sara hidup

- — AFP

Beribu-ribu rakyat Nigeria kelmarin berhimpun menentang kenaikan kos sara hidup dalam krisis ekonomi terburuk yang menyebabka­n ramai bergelut untuk membeli makanan.

Penunjuk perasaan berharap bantahan di seluruh negara yang dimulakan oleh kesatuan Kongres Buruh Nigeria (NLC) akan memberi tekanan kepada kerajaan, yang membuat pembaharua­n tahun lalu namun telah memberi kesan buruk kepada rakyat di rantau ekonomi terbesar Afrika.

Ketika inflasi melambung tinggi, ramai warga Nigeria yang miskin terpaksa tidak makan dan tidak mengambil produk yang kini dianggap sebagai makanan mewah, seperti daging, telur dan susu.

Lebih 1,000 penunjuk perasaan berarak di Perhimpuna­n Kebangsaan di ibu negara Abuja, diawasi oleh kumpulan sukarela dan polis bersenjata.

Penunjuk perasaan melaung dan membawa papan tanda “Biar orang miskin bernafas” dan “Tamatkan penurunan nilai naira”.

“Kerajaan perlu bangun,” kata penunjuk perasaan Roland Bamiche, yang bekerja untuk kesatuan perhotelan.

“Orang ramai mati, orang menderita, orang melalui neraka,” kata lelaki berusia 45 tahun itu. “Kos sara hidup yang tinggi semakin tidak tertanggun­g.”

Sejak memegang jawatan pada tahun lepas, Presiden Bola Ahmed Tinubu telah menamatkan subsidi bahan api dan kawalan mata wang, yang membawa kepada kenaikan tiga kali ganda harga petrol dan lonjakan kos sara hidup kerana naira telah susut berbanding dolar.

Kadar inflasi mencecah paras tertinggi tiga dekad, hampir 30 peratus pada Januari, menurut biro perangkaan negara.

Tinubu telah meminta orang ramai bersabar untuk membenarka­n pembaharua­nnya berkuat kuasa, berkata ia akan membantu menarik pelaburan asing, tetapi langkah itu telah menjejaska­n Nigeria dengan teruk.

“Tinubu menjanjika­n perubahan tetapi sekarang lihat di mana kita berada,” kata aktivis Aghedo Kehinde Stephen di Lagos di mana lebih 1,000 turut hadir.

“Tiada makanan dan tiada keselamata­n di negara ini,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia