Utusan Borneo (Sarawak)

Pendatang as��ng tanpa ��z��n d��gesa serta�� Program Repatr��as�� M��gran berm��la 1 Mac

- �� Bernama

Susulan Program Repatriasi Migran (PRM) yang akan dilaksanak­an bermula 1 Mac hingga 31 Disember ini, pendatang asing tanpa izin (PATI) digesa menggunaka­n peluang berkenaan untuk pulang ke negara asal secara sukarela dan memenuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Imigresen (JIM).

Ia termasuk mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tiket penerbanga­n pulang.

Bercakap kepada Bernama, Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata kerajaan pada 31 Januari lepas memutuskan untuk memberikan pengecuali­an pendakwaan dan menawarkan kompaun kepada PATI yang menyerah diri untuk pulang ke negara asal atas tiga kesalahan.

Tiga kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) berkaitan keberadaan pendatang asing tanpa izin di dalam negara ialah masuk atau tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, dan mereka ditawarkan kompaun sebanyak RM500, tinggal lebih masa di Malaysia (RM500) dan melanggar syarat pas (RM300).

“Saya menyeru kepada pendatang asing tanpa izin, gunalah peluang ini sehabis baik, kerana inilah masa untuk pulang ke negara asal mereka tanpa pendakwaan dan mereka perlu bayar sejumlah bayaran kompaun. Namun, mereka yang sedang ditahan, direman dan

didakwa tidak layak untuk menyertai PRM,” katanya.

Dianggarka­n antara 300,000 hingga 400,000 pendatang asing tanpa izin akan menyertai PRM.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata dokumen yang perlu dibawa oleh pendatang asing tanpa izin ketika berurusan di pejabat JIM ialah tiket penerbanga­n pulang dan dokumen perjalanan sah yang dikeluarka­n oleh negara asal mereka atau kedutaan negara masing-masing yang berada di Malaysia.

Bagi mereka yang tiada sebarang dokumen, mereka perlu merujuk pihak kedutaan masing-masing untuk mendapatka­n apa-apa dokumen yang membolehka­n mereka pulang ke negara asal dan untuk itu, katanya JIM akan mengadakan sesi libat urus bersama kedutaan asing seperti Indonesia dan Bangladesh pada minggu ini untuk menerangka­n mengenai PRM, selain mendapatka­n kerjasama kedutaan berhubung program itu.

“Apabila mereka datang ke pejabat kita, mereka perlu tunjukkan tiket pulang dalam tempoh 14 hari dari tarikh serah diri ke pejabat JIM.

“Selepas semakan (dan sekiranya dokumen lengkap), kita akan keluarkan memo periksa keluar seterusnya kompaun perlu dibayar (mengikut kategori kesalahan) dan mereka perlu keluar dari Malaysia dalam tempoh 14 hari,” katanya dan menambah mereka yang berumur bawah 18 tahun dikecualik­an daripada bayaran kompaun.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan pembayaran kompaun sama sekali tidak akan melibatkan sebarang transaksi tunai dan hanya menggunaka­n mod pembayaran elektronik sama ada kad kredit, kad debit atau e-dompet Touch ’n Go.

Ruslin pada masa yang sama turut mengingatk­an bahawa JIM atau Kementeria­n Dalam Negeri tidak melantik mana-mana ejen untuk mereka berurusan dengan pendatang asing tanpa izin bagi memudah cara PRM.

Katanya, pendatang asing tanpa izin turut diminta peka dengan pergerakan mana-mana individu yang mendakwa mereka ejen yang mempunyai ‘kuasa’ untuk berurusan dengan pihak kedutaan bagi mendapatka­n dokumen berkaitan.

Mengakui kemungkina­n pendatang asing tanpa izin akan berasa takut untuk ‘menyerah diri’, beliau berkata PRM sememangny­a program khas bagi mereka dan tidak perlu bimbang memandangk­an prosesnya adalah mudah dan tidak menggunaka­n khidmat orang ketiga atau ejen.

“Bagi saya, perkara ini tidak perlu libatkan ejen, datang sendiri ke pejabat JIM. Saya tidak mahu kebimbanga­n ini menyebabka­n mereka tidak mahu keluar dan sertai program ini,” katanya.

Ditanya mengenai implikasi PRM kepada kerajaan, beliau menjelaska­n ia membawa pelbagai impak positif terutamany­a dari segi keselamata­n negara serta mengurangk­an kebimbanga­n masyarakat mengenai kebanjiran warga asing di dalam negara.

Beliau berkata, keberadaan pendatang asing tanpa izin di dalam negara juga membuka ruang kepada masalah jenayah dan lebih buruk lagi, ia menyukarka­n pihak berkuasa untuk mengesan mereka yang terbabit kerana tiada dokumentas­i lengkap.

“Keselamata­n ialah keutamaan JIM … kita sedia maklum ada warga asing sudah bina struktur komuniti sendiri, membuka kedai dan sebagainya.

“Selain itu, warga asing yang tiada dokumen ini juga menikmati kemudahan sama seperti rakyat dari segi subsidi seperti minyak masak dan petrol. Dalam erti kata lain, menerusi repatriasi migran, kita berharap dapat mengurangk­an angka ketirisan, sekali gus memberikan implikasi kewangan yang lebih baik,” kata Ruslin.

 ?? ?? RUSLIN
RUSLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia