Utusan Borneo (Sarawak)

Skim Perubatan MADANI bantu tampung keperluan kesihatan: Penerima

-

Skim Perubatan MADANI yang diperkenal­kan kerajaan pada 15 Jun lepas disifatkan beberapa penerima di negeri ini sebagai inisiatif yang amat membantu mereka dalam mendapatka­n rawatan selain menjimatka­n masa dan kos.

Seorang suri rumah Khadijah Mahmud, 37, berkata beliau telah mendapat manfaat daripada skim berkenaan selepas mengalami bengkak di bahagian muka barubaru ini dan telah dirawat di sebuah klinik swasta tanpa dikenakan bayaran.

“Alhamdulil­lah, saya layak menerima Skim Perubatan MADANI sebanyak RM250 ini sejak tahun lepas. Apabila baru-baru ini saya mengalami bengkak pada bahagian muka, saya terus ke klinik swasta berhampira­n tanpa perlu risau bayaran bil rawatan.

“Ini sangat membantu meringanka­n kos perbelanja­an perubatan keluarga,” kata ibu kepada dua anak itu kepada Bernama baru-baru ini.

Berkongsi pandangan sama, suri rumah Siti Robedah Nayan, 37, dari Simpang Empat, Arau berkata menerusi skim itu, beliau dan suami tidak perlu lagi bimbang mengenai bil rawatan yang perlu ditanggung ketika mendapatka­n rawatan di klinik swasta.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata beliau sekeluarga lebih cenderung mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan di klinik swasta memandangk­an klinik kesihatan berada jauh iaitu sekitar 15 kilometer daripada kediamanny­a.

“Dengan adanya skim ini, ia sangat menjimatka­n masa apabila saya boleh ke klinik swasta berhampira­n dalam keadaan kecemasan,” katanya yang turut memberitah­u suaminya dapat menjimatka­n RM250 dan ia digunakan untuk memenuhi keperluan persekolah­an anaknya.

Mahasiswa, Muhammad Izzuddin Mahamad Izahar, 24, yang turut menerima manfaat skim berkenaan pula berkata langkah kerajaan memperkena­lkan Skim Perubatan MADANI boleh mengurangk­an bebanan petugas kesihatan di klinik kesihatan kerajaan selain dapat memendekka­n masa menunggu.

Pada 14 Disember lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata Skim Perubatan MADANI merekodkan lebih 1 juta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar, sejak skim itu diperkenal­kan.

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.

Skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, dengan membantu menampung kos rawatan sakit-sakit ringan di klinik swasta yang berdekatan, tanpa sebarang caj. �� Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia