Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Stardust Kuala Lumpur LHDN kemas kini maklumat pemilik perniagaan bersemuka

- �� Bernama

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) melaksanak­an Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes (LBB) ‘Ops Stardust Kuala Lumpur’ bagi mengenal pasti, mengumpul dan mengemas kini maklumat pemilik-pemilik perniagaan secara bersemuka.

LHDN dalam kenyataan memaklumka­n LBB berlangsun­g selama dua hari bermula Isnin lepas di sekitar Kuala Lumpur, melibatkan 80 orang pegawai LHDN daripada Jabatan Perisikan dan Profiling (JPDP), Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

LHDN menegaskan bahawa segala hasil penemuan maklumat yang diperolehi akan disemak dengan teliti dan tindakan audit atau siasatan akan dijalankan ke atas individu, perniagaan dan syarikat yang cuba mengelak daripada melaporkan pendapatan dan membayar cukai yang sepatutnya baik warga tempatan mahupun asing.

“Tindakan pematuhan secara berterusan juga akan dibuat termasukla­h mengenakan penalti dan tindakan pendakwaan sekiranya didapati gagal melaporkan jumlah pendapatan dan melanggar undang-undang percukaian. Menerusi pelaksanaa­n program seumpama ini, LHDN berharap aktiviti pelarian cukai dapat dibendung, sekali gus dapat menyumbang kepada kelestaria­n ekosistem percukaian negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai

Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin dalam kenyataan sama berkata strategi pematuhan yang menyeluruh merangkumi peringkat pengesanan, pengaudita­n, penyiasata­n sehinggala­h cukai sebenar dikutip hendaklah sentiasa dipatuhi, dilaksana dan ditambah baik agar selari dengan persekitar­an dan cabaran semasa.

Abu Tariq turut ‘turun padang’ menyertai operasi pada hari pertama di sebelah malam bersama Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) Datuk Hisham Rusli serta barisan pengurusan kanan LHDN di sekitar Bukit Bintang, yang tertumpu kepada aktivitiak­tiviti perniagaan seperti gerai makanan, minuman dan buah-buahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia