Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu mengaku salah beri anak minum susu campur dadah

S��am��nya�� pen��aga a��r balang yang ber��m��r 40 tah��n mengak�� t��dak bersalah atas pert��d��han sama

- Suri rumah �� Bernama

PETALING JAYA: Seorang ibu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandung­i dadah jenis Methamphet­amine di sebuah apartmen, minggu lepas.

Suri rumah berumur 34 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

“Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja puan (beri minum susu mengandung­i dadah),” kata ibu kepada tiga anak itu.

Sementara itu suaminya, peniaga air balang yang berumur 40 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mereka didakwa bersamasam­a melakukan penganiaya­an terhadap kanakkanak lelaki berusia setahun empat bulan dengan memberi minum air susu bercampur dengan air yang mengandung­i dadah berbahaya jenis Methamphet­amine sehingga menyebabka­n mangsa mengalami ‘allegedsym­pathomimet­ic drug ingestion’ di sebuah apartmen di Taman Medan, Petaling Jaya pada 6 petang, 19 Februari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanakkanak

2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampira­n setiap bulan sehingga kes selesai.

“Dua tertuduh ini merupakan pasangan suami isteri

Saya mengak�� bersalah�� tap�� saya t��dak sengaja p��an (ber�� m��n��m s��s�� mengand��ng�� dadah).

tetapi mereka tidak mendaftark­an perkahwina­n di sini (Malaysia),” kata Ahmad Zuhaini selepas ditanya hakim mengenai hubungan kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam.

Syahliza membenarka­n kedua-dua tertuduh masingmasi­ng diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampira­n setiap bulan sehingga kes selesai serta tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan kes.

 ?? — Gambar Bernama ?? DITUDUH: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia 16 bulan dengan memberinya susu dicampur dengan cecair Methamphet­amine.
— Gambar Bernama DITUDUH: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia 16 bulan dengan memberinya susu dicampur dengan cecair Methamphet­amine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia