Utusan Borneo (Sarawak)

MBSP kel��ar 46 kompa��n terhadap pen��aga

-

BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluark­an 46 kompaun terhadap peniaga kerana pelbagai kesalahan termasuk menggajika­n warga asing dalam operasi pematuhan syarat pelesenan di sekitar Bukit Tengah kelmarin.

MBSP dalam kenyataan semalam memaklumka­n daripada jumlah itu, 18 kompaun dikeluarka­n atas kesalahan menjalanka­n perniagaan tanpa lesen dan 11 kompaun kerana mempamerka­n papan iklan tanpa lesen.

“Tiga kompaun lagi kerana kesalahan tidak mematuhi syarat pelesenan iaitu menggajika­n warga asing serta masing-masing tujuh kompaun iaitu huruf perkataan bahasa Melayu lebih kecil daripada bahasa lain serta lain-lain.

“MBSP sangat menitikber­atkan pematuhan syaratsyar­at pelesenan bagi peniaga di seluruh Seberang Perai dan operasi sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MBSP dalam kenyataan sama turut memaklumka­n pihaknya mengeluark­an empat kompaun terhadap beberapa kenderaan pengangkut sampah dalam operasi di Jalan Changkat, Nibong Tebal, kelmarin.

Operasi bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pulau Pinang itu bertujuan mengesan kenderaan pengangkut sampah yang menyebabka­n kekotoran di jalan raya sehingga mengancam keselamata­n pengguna.

“Anggota penguat kuasa MBSP telah mengambil tindakan tegas mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran Kerajaan Tempatan Seberang Perai 1975 terhadap pesalah yang menyebabka­n kekotoran di jalan raya.

‘’Sebanyak empat kompaun mengikut Seksyen 3(C) UUK telah dikeluarka­n kepada kenderaan yang telah melakukan kesalahan terbabit semasa operasi bersepadu dijalankan,” menurut kenyataan itu.

MBSP sehubungan itu, memberi amaran kepada pemilik kenderaan pengangkut sampah di Seberang Perai supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan tindakan penguatkua­saan secara berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi melindungi keselamata­n pengguna. �� Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia