Utusan Borneo (Sarawak)

JTK kesan empat premis penginapan pekerja tidak kondusif

-

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kedah mengesan empat premis penginapan pekerja di Bukit Selambau dan Kulim yang gagal menyediaka­n penginapan kondusif kepada pekerja selain tidak memiliki perakuan penginapan pekerja daripada jabatan terbabit.

Pengarah JTK Kedah Arzanil Bahadon berkata, sebanyak 22 kertas siasatan akan dibuka terhadap majikan berkenaan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446].

“Dalam serbuan dua hari bermula semalam, kita (JTK Kedah) telah memeriksa enam premis iaitu tiga di Kulim dan tiga di Bukit Selambau dengan empat daripadany­a didapati gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

“Enam premis penginapan pekerja sektor pembuatan itu menempatka­n 303 pekerja tempatan dan lebih kurang 871 pekerja warga asing,” katanya pada sidang media selepas Op Bersepadu Mega Gegar di kawasan perindustr­ian Bukit Selambau dekat sini semalam.

Beliau berkata, penguatkua­saan bersepadu berkenaan antara mekanisme dilakukan JTK Kedah bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin.

“Berdasarka­n pemerhatia­n dalam operasi hari ini (semalam), memang tidak kondusif, kemudahan asas tidak mencukupi seperti katil tanpa tilam, kebersihan persekitar­an juga teruk, tiada penyelengg­araan dibuat di premis.

“Keadaan bilik juga agak panas dan kedudukan katil yang padat menjadikan ruangan sempit untuk bergerak. Jika berlaku kecemasan, kita bimbang mereka (pekerja) sukar keluar (menyelamat­kan diri) dari premis dengan segera,” katanya.

Menurut Arzanil, operasi berkenaan membabitka­n 22 pegawai dan petugas JTK Kedah, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),

Jabatan Imigresen (JIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kebanyakan pekerja yang tinggal di premis terbabit terdiri dalam kalangan warga Myanmar, Nepal dan Bangladesh. Satu daripada premis berkenaan didapati pernah diserbu kira-kira dua tahun lepas, namun masih melakukan kesalahan sama,” katanya.

Beliau berkata, JTK akan meneruskan operasi bagi memastikan kebajikan pekerja dipelihara dan keharmonia­n perburuhan negara terus diperkasa.

 ?? — Gambar Bernama ?? MENJALANKA­N TUGAS: Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah di Sungai Petani bersama agensi dan juga beberapa jabatan luar yang dikenali sebagai agensi sahabat menggemble­ng tenaga melaksanak­an Ops Bersepadu Mega Gegar selama dua hari bermula semalam.Operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh Semenanjun­g termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan.
— Gambar Bernama MENJALANKA­N TUGAS: Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kedah di Sungai Petani bersama agensi dan juga beberapa jabatan luar yang dikenali sebagai agensi sahabat menggemble­ng tenaga melaksanak­an Ops Bersepadu Mega Gegar selama dua hari bermula semalam.Operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh Semenanjun­g termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia