Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool diselebung­i kecederaan pemain

Klopp berkata kelab perlu ‘keajaiban’ dalam usaha menangi empat kejuaraan musim ini

-

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa pasukannya memerlukan ‘keajaiban’ untuk menurunkan pemain yang cedera pada masa yang tepat dalam usaha mengembali­kan harapan memburu empat kejuaraan musim ini.

Liverpool bagaimanap­un mengenepik­an krisis kecederaan apabila memenangi Piala Liga Inggeris dengan menewaskan Chelsea 1-0 di final minggu lepas.

Namun pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberc­h menambah krisis kecederaan di kelab apabila dia terpaksa diusung keluar dari padang dalam separuh masa pertama kerana kecederaan.

Gravenberc­h dijangka tidak dapat beraksi untuk sekurangku­rangnya dua perlawanan, bermula dengan perlawanan lewat pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang Southampto­n di Anfield.

Wataru Endo juga diragui dapat diturunkan menentang Southampto­n selepas menamatkan perlawanan menentang Chelsea dengan memakai tongkat topang dan kasut perlindung­an khas di kakinya.

Ia menyebabka­n Klopp tanpa 13 pemain skuad utama, termasuk Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai, ketika Liverpool cuba menambah kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Europa selepas memenangi Piala Liga Inggeris.

“Kami memerlukan keajaiban dengan beberapa

pemain. Saya tidak mahu berkata mereka tidak dapat beraksi untuk tempoh terlalu lama,” kata Klopp ketika memberitah­u wartawan pada Selasa.

“Tetapi ia lebih kepada menunggu masa untuk ramai pemain yang tidak diturunkan di final: Darwin, Mo (Salah), Dom (Szoboszlai) – kami harus melihat perkembang­an mereka (pada Selasa).

“Dalam dunia ideal, anda fikir tentang perkara seperti ini tetapi kami jelas tidak berada dalam dunia ideal, jadi kami akan lihat bila kembali dan menjalani pemeriksaa­n.”

Klopp dijangka akan bergantung kepada beberapa pemain muda yang mencuri perhatian di Wembley, seperti dua pemain berusia 19 tahun, Bobby Clerk dan James McConnell, yang dijangka diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Southampto­n.

Liverpool sudah membuat persediaan menarik untuk

perarakan pada akhir musim, tidak kira sama ada mereka memenangi lebih banyak trofi atau tidak.

Liverpool mahu meraikan pengakhira­n tempoh sembilan tahun Klopp sebagai pengurus selepas jurulatih dari Jerman itu membuat pengumuman mengejut di mana dia akan melepaskan jawatannya pada akhir musim ini.

“Ia adalah salah satu bahagian yang tidak menarik yang boleh kita lihat sebagai sambutan selamat jalan kepada saya,” kata Klopp. — AFP

“Kami memerlukan keajaiban dengan beberapa pemain. Saya tidak mahu berkata mereka tidak dapat beraksi untuk ” tempoh terlalu lama. Juergen Klopp Pengurus Liverpool

 ?? — Gambar AFP ?? KECEdERAAn SERIUS: Pemain tengah Liverpool, Ryan gravenberc­h diusung keluar padang selepas mengamali kecederaan pada perlawanan final Piala Inggeris menentang Chelsea di Stadium Wembley pada 25 Februari lalu.
— Gambar AFP KECEdERAAn SERIUS: Pemain tengah Liverpool, Ryan gravenberc­h diusung keluar padang selepas mengamali kecederaan pada perlawanan final Piala Inggeris menentang Chelsea di Stadium Wembley pada 25 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia