Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab-kelab gergasi di EPL pantau Inzaghi untuk tawar jawatan pengurus

- Ini. — AFP

Liga Perdana Inggeris dikatakan memantau Simone Inzaghi ketika kelab gergasi seperti Manchester United, Chelsea dan Liverpool mula menerokai pilihan untuk mendapatka­n jurulatih kelab Serie A Itali, Inter Milan.

Jurulatih berusia 47 tahun itu dikatakan pakar taktik yang sudah menunjukka­n kemampuann­ya sebagai jurulatih ketika membimbing kelab Lazio tetapi tugasnya di Inter menaikkan lagi statusnya sebagai jurulatih berbakat selepas mengubah kelab menjadi salah sebuah kelab paling berbahaya di Eropah.

Inter sekarang berada di landasan memburu kejuaraan Serie A yang ke-20 dalam sejarah kelab dan mereka juga dijangka akan mengintai peluang memburu kejuaraan Liga Juara-Juara.

Inter sudah memenangi kejuaraan Piala Super Itali bulan lepas, kemenangan yang memberikan keuntungan lapan juta euro kepada kelab.

Akhbar Itali, Tuttosport­s, memperinci­kan bagaimana Manchester United, Chelsea dan Liverpool sudah mula mengumpul maklumat mengenai Inzaghi, berminat untuk menawarkan jawatan sebagai jurulatih pada akhir musim ini.

Inzaghi, 47, mempunyai kontrak di Inter sehingga Jun 2025 dan menerima gaji 5.5 juta euro semusim termasuk tambah nilai.

Tawaran dari kelab-kelab Liga Perdana Inggeris mungkin sekitar 8 atau 9 juta euro semusim, jumlah yang sukar dicabar oleh mana-mana kelab lain di Itali.

Barcelona juga difahamkan menyuaraka­n minat, dengan kelab juga mencari jurulatih baharu ekoran pengumuman Xavi yang akan melepaskan jawatan pada akhir musim ini.

Inzaghi dikatakan gembira di Inter tetapi mahu kontrak baharunya dilanjutka­n untuk sekurang-kurangnya sehingga Jun 2027 dan Inter juga dikatakan bersedia untuk terus mengekalka­n jurulatih mereka selepas akhir musim

 ?? InzAghI ??
InzAghI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia