Utusan Borneo (Sarawak)

Medvedev kembali semula sejak tewas di final Terbuka Australia

- Fokina. — AFP

Daniil Medvedev kembali beraksi buat kali pertama sejak tewas di final Terbuka Australia dan menang selesa ke atas Alexander Shevchenko di sini pada Selasa.

Pada perlawanan lain, pemain berusia 18 tahun, Jakub Mensik, menewaskan Borna Coric, 48 jam selepas menjadi finalis paling muda dalam satu kejohanan ATP sejak 2021, di Doha.

Pemain yang menamatkan impian pemain remaja dari Republik Czech di Doha Ahad lepas, Karen Khachanov, juga meneruskan kemaraan pada kejohanan di sini.

Medvedev, pemain ranking keempat dunia dari Rusia, memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraann­ya di sini dengan menewaskan Shevchenko 6-3 dan 7-5.

Pemain pilihan pertama kejohanan itu mengenepik­an satu tempoh lama berehat – bercuti dan juga merawati kecederaan – dengan menewaskan lawan dari Kazakhstan dengan selesa pada set pertama sebelum dipaksa bekerja-keras sedikit untuk memenangi set kedua.

Dalam bulan Januari, Medvedev melangkah ke final kedua di Terbuka Australia. Dia tewas kepada Rafael Nadal dua tahun yang lalu dan pada tahun ini, dia juga tewas di final kepada Jannik Sinner.

Dia terpaksa menarik diri dari mempertaha­nkan kejuaraan di Doha minggu lepas kerana berdepan beberapa masalah di bahagian kaki dan bahu.

“Secara amnya, dan sejujurnya, saya gembira dengan tahap permainan saya kerana ia bukan mudah untuk kembali semula beraksi selepas kecederaan.

“Anda sentiasa cuba untuk mengembali­kan semula prestasi terbaik anda, tetapi ia bukan mudah dan saya gembira untuk menewaskan lawan yang bagus. Saya tidak sabar untuk perlawanan seterusnya,” kata Medvedev.

Dengan kemenangan itu, Medvedev akan bertemu dengan Lorenzo Sonego selepas pemain dari Itali itu menewaskan pemain wildcard dari India, Sumit Nagal 6-4, 5-7 dan 6-1.

Mensik gagal menyempurn­akan satu mata akhir dan kemudian menyelamat mata akhir sebelum menewaskan Coric 4-6, 6-3 dan 7-6(9/7) untuk menempah pertemuan menentang pemain ranking ke-24 dunia dari Sepanyol, Alejandro Davidovich

 ?? ?? MEdvEdEv
MEdvEdEv

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia