Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola mahu De Bruyne terus kekal di Man City

-

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata dia mahu Kevin De Bruyne untuk terus kekal di Manchester City pada musim hadapan tetapi mengakui pemain tengah itu mungkin tertarik dengan satu perpindaha­n ke Arab Saudi.

De Bruyne mempunyai satu kontrak di Stadium Etihad sehingga 2025, tetapi ia tidak menghalang pemain tengah antarabang­sa Belgium itu dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Liga Pro Saudi (SPL).

Ada minat untuk pemain berusia 32 tahun itu pada musim panas lepas dan namanya sekali lagi dikaitkan dengan perpindaha­n ke Arab Saudi dalam pasaran perpindaha­n bulan Jun depan.

“Ia satu persoalan baginya,s aya mahu dia terus kekal tetapi saya tidak tahu,” kata Guardiola.

“Saya mendengar beberapa spekulasi tetapi saya tidak tahu jika ada tawaran sah dibuat, saya tidak tahu jika Arab Saudi mahukan khidmatnya. Saya sememangny­a mahu dia terus kekal sehingga akhir kariernya, tetapi kita tahu apa sahaja boleh berlaku.”

Guardiola juga memuji jurulatih kelab Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, yang dikaitkan dengan jawatan sebagai pengganti Jurgen Klopp di Liverpool.

Alonso pernah bermain di bawah kendalian Guardiola ketika kedua-dua mereka berada di Bayern Munich di antara 2014 dan 2016, dan menjadi jurulatih Leverkusen pada 2022 dan membimbing kelab di tangga teratas Bundesliga Jerman ketika ini, lapan mata di hadapan juara bertahan, Bayern Munich.

Ditanya betapa bagus Alonso menjalanka­n tugas di Leverkusen, Guardiola berkata: “Wow. Satu-satu pasukan belum tewas dalam semua pertanding­an pada musim ini.

 ?? De Bruyne ??
De Bruyne

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia