Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Aziz, Azlina Sauni juara kejohanan anjuran Kelab Memanah Teku

-

Kelab Memanah Teku mencipta satu lagi peristiwa penting apabila berjaya menganjurk­an Kejohanan Memanah Tradisiona­l Cap Goh Mei di Padang Bola Kampung Bahagia Jaya, pada hujung minggu lalu.

Kejohanan itu telah berjaya menarik penyertaan 20 wanita dan 40 pemanah lelaki dari pelbagai kawasan, termasuk Kuching, Saratok, Sibuti, Sarikei, Belawai, Mukah, Bintulu, dan Sibu.

Dalam kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Abdul Aziz dari Mukah Golden Archery Club diikuti oleh Mohd Shahrul dari ATMA Bintulu di tempat kedua, manakala Mohd Khamarul dari Kelab Memanah Teku Subu meraih tempat ketiga.

Pencapaian cemerlang juga diperoleh oleh Aidil Omar dari Golden Archery Club yang menduduki tempat keempat.

Bagi bahagian wanita, Azlina Sauni yang mewakili ATMA Bintulu menonjol sebagai juara kategori tersebut.

Siti Lubna Dahlan dari Mukah Golden Archery Club mengambil tempat kedua, sementara tempat ketiga dimenangi oleh Nur Atikah dari Kelab Memanah Teku.

Kejohanan ini bukan hanya bertujuan untuk mencari juara, tetapi lebih penting, untuk memupuk semangat persaudara­an dan persaingan dalam kalangan pemanah.

Selain itu, acara tersebut menjadi platform yang bernilai bagi peserta untuk meningkatk­an kemahiran memanah mereka.

Dari aspek pertanding­an, acara ini juga memberikan peluang kepada pemanah untuk mempamerka­n bakat mereka serta semangat sukan yang tinggi.

Setiap peserta diberi ruang untuk mencipta pengalaman yang bermakna dan mendalam dalam sukan memanah tradisiona­l.

Kejohanan Memanah Tradisiona­l Cap Goh Mei bukan sekadar satu acara sukan, tetapi sebuah program budaya dan komuniti yang turut memperkuku­hkan nilai-nilai warisan tempatan.

 ?? ?? PAnAHAn MenGenA: Salah seorang peserta yang memenangi kategori wanita menerima hadiah daripada penganjur selepas acara tersebut berakhir.
PAnAHAn MenGenA: Salah seorang peserta yang memenangi kategori wanita menerima hadiah daripada penganjur selepas acara tersebut berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia