Utusan Borneo (Sarawak)

Luton Town jadi ‘hidangan’ City

Dibelasah 6-2 oleh The Citizen pada aksi pusingan kelima Piala FA Inggeris di Stadium Kenilworth Road

-

LONDON: Erling Haaland menjaringk­an lima gol ketika juara bertahan, Manchester City membelasah Luton Town 6-2 dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris pada Selasa.

Ia adalah kali kedua di mana Haaland menjaringk­an lima gol dalam satu perlawanan buat City selepas kemenangan di pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada Mac 2023.

Dibantu oleh tiga umpanan Kevin De Bruyne, Haaland melengkapk­an hatrik dalam 40 minit pertama perlawanan di Kenilworth Road.

Jordan Clark menjaringk­an dua gol untuk merapatkan kedudukan 2-3 buat Luton.

Tetapi sebarang harapan kebangkita­n luar biasa dimusnahka­n oleh Haaland, yang menambah dua lagi gol selepas rehat untuk membawa City ke peringkat suku akhir kejohanan.

Mateo Kovacic melengkapk­an jaringan untuk kemenangan kedua melibatkan enam gol musim ini selepas membelasah Bournemout­h 6-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada bulan November tahun lepas.

Haaland sekarang sudah menjaringk­an 27 gol dalam semua pertanding­an musim ini, menutup mulut pengkritik yang menyelar prestasiny­a selepas gagal menyempurn­akan peluang ketika seri 11 dengan Chelsea dalam liga

sebelum ini.

Memuji peranan De Bruyne kerana pesta golnya, Haaland berkata: “Kevin sangat penting. Ia sangat menggembir­akan bermain bersamanya. Kami tahu apa yang kami mahu sesama kami. Dia melakukan apa yang dia lakukan yang terbaik. Ia berhasil dan dia adalah seorang pemain yang bijak.”

Mengenai prestasiny­a sendiri sejak pulih dari kecederaan kaki yang menyebabka­n dia berehat selama dua bulan, Haaland menambah: “Saya semakin kembali ke tahap terbaik saya. Akhirnya, saya berasa selesa.

“Ia satu perasaan luar biasa. Ia semakin kembali, kami semakin kembali. Masa menarik di hadapan. Kami bersedia

untuk menyerang.”

City menang 14 dari 15 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an ketika cuba mengulangi kejayaan memenangi tiga kejuaraan musim lepas – Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Haaland dan De Bruyne menyerlah pada masa yang tepat untuk perlawanan liga

menentang kelab jiran, Manchester United di Stadium Etihad Ahad ini.

Satu-satu kekecewaan buat City ialah kecederaan Jack Grealish dalam separuh masa pertama, masalah terbaharu dalam musim yang mengecewak­an buat pemain sayap antarabang­sa England itu.

City memerlukan hanya tiga minit untuk membuka jaringan apabila Haaland menyempurn­akan satu gerakan cantik.

Matheus Nunes melorong bola kepada De Bruyne, yang kemudian mengumpan kepada Haaland dalam kotak penalti untuk mudah menewaskan penjaga gol Tim Krul.

De Bruyne sekali lagi mengumpan gol kedua yang disempurna­kan oleh Haaland pada minit ke-18.

Haaland melengkapk­an hatrik pada minit ke-40 apabila mengejar satu lagi umpanan cantik De Bruyne sebelum merembat ke pintu gol.

Ia adalah hatrik kelapan Haaland bersama City dan hatrik pertama di gelanggang lawan sejak berpindah dari Borussia Dortmund pada 2022.

Clark merapatkan kedudukan lima minit kemudian sebelum meningkatk­an lagi harapan pasukan tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-52.

Namun harapan itu musnah serta-merta apabila De Bruyne dan Haaland kembali berganding­an untuk gol keempat oleh Haaland pada minit ke-55 sebelum gol kelima menyusul tiga minit kemudian apabila Haaland menyempurn­akan hantaran Bernardo Silva dan Kovacic melengkapk­an jaringan pada minit ke-72.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MenArIK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Luton Town dan Manchester City yang berlangsun­g di Stadium Kenilworth road di Luton.
— Gambar AFP AKSI MenArIK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Luton Town dan Manchester City yang berlangsun­g di Stadium Kenilworth road di Luton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia