Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil iktibar kejayaan wanita Vietnam

Sarawak akan belajar perkasa wanita daripada Vietnam dalam kepimpinan dan pembuat keputusan: Fatimah

- Oleh Patricia Gari

Sarawak akan belajar daripada Vietnam untuk memperkasa­kan wanita dalam kepimpinan dan pembuat keputusan, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, bagi tujuan itu beliau bersama ahli jawatankua­sa Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) akan mengadakan lawatan ke negara itu dalam masa terdekat.

“Di bawah program kepimpinan, kita (Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak) akan belajar daripada Vietnam untuk memperkasa­kan wanita melalui kepimpinan dan pada masa sama memperheba­tkan program kepimpinan kita.

“Kita akan mengadakan lawatan ke Vietnam untuk melihat sendiri bagaimana negara itu boleh menambah bilangan wanita di peringkat membuat keputusan. Kabinet negeri sudah meluluskan lawatan kita ini, (namun) tarikh belum ditentukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita di sini, semalam.

Fatimah berkata, peratusan wanita yang menjadi pemimpin dan berada di peringkat membuat keputusan di Sarawak masih lagi rendah.

Dalam kepimpinan politik katanya, sehingga 2020 hanya tujuh daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diduduki wanita, manakala di peringkat Parlimen Malaysia, cuma lima daripada 31 kerusi bagi Sarawak disandang wanita.

Beliau bagaimanap­un berkata, berlaku peningkata­n jumlah wanita dalam kepimpinan masyarakat iaitu pada 2020, bilangan wanita yang menjadi ketua kaum dan ketua kampung meningkat kepada 423 berbanding 2018.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, lebih 25 peratus wanita di Sarawak mempunyai pendidikan ijazah dan sarjana, selain majoritiny­a berpendapa­tan RM1,000 hingga RM5,000 sebulan dan bekerja dalam pelbagai sektor dan hanya 20 peratus

adalah suri rumah.

Statistik itu katanya, berdasarka­n Kajian Penyertaan Wanita Dalam Kepimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Peringkat Akar Umbi Sarawak yang dikendalik­an oleh Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak (MPS) dan sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pakarundin­g 2021 diketuai Dato Dr Madeline Berma.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan Vietnam, Fatimah berkata negara itu antara peneraju dunia bagi wanita dalam politik.

 ?? ?? TANDA KEPRIHATIN­AN: Fatimah (depan, dua kiri) menyampaik­an bantuan kebajikan kepada salah satu keluarga kurang bernasib baik selepas sidang media susulan Mesyuarat Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita, semalam.
TANDA KEPRIHATIN­AN: Fatimah (depan, dua kiri) menyampaik­an bantuan kebajikan kepada salah satu keluarga kurang bernasib baik selepas sidang media susulan Mesyuarat Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia