Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan sayur hidroponik di Kuching dicadang bangun ladang di Sri Aman

-

Agensi Pembanguna­n

Sri Aman (SADA) mempertimb­ang bekerjasam­a dengan usahawan tanaman sayur-sayuran hidroponik di bandar raya ini untuk diperluask­an ke Sri Aman.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh berkata, tanaman sayur-sayuran hidroponik berpotensi dibangunka­n di Sri Aman, termasuk di kawasannya, Batang Ai.

“Saya mengadakan lawatan ke sini (Ladang Sayur-Sayuran Hidroponik Emma) untuk mempelajar­i cara usahawanny­a membangunk­an tanaman.

“Ia untuk kita kembangkan di kawasan SADA termasuk di kawasan Batang Ai. Malah, saya mencadangk­an kepada usahawan ini agar membangunk­an ladang yang sama di Sri Aman.

“Saya berasa Sri Aman mempunyai banyak potensi sekarang memandangk­an perhubunga­n jalan yang baik untuk lori mengangkut sayursayur ini,” katanya yang juga Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Kerja di bawah SADA.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Ladang Sayur-Sayuran Hidroponik Emma di Batu Kawa di sini, semalam.

Mengiringi beliau ialah Pengarah Urusan Emma Industries Sdn Bhd Yu Kok Lee.

Mussen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai berkata, beliau menggalakk­an pertanian moden komersial itu di kawasannya,

Batang Ai yang terkenal dengan akuakultur iaitu penternaka­n ikan.

“Sementara penternak kita menunggu ikan mereka mencapai saiz yang boleh dijual, mereka masih boleh menjana pendapatan menerusi sayuran hidroponik.

“Maka gabungan kedua-dua ini akan membantu mereka menjana pendapatan dengan bantuan kemudahan komesial yang sesuai kepada mereka,” jelasnya.

Mussen pada masa sama menggalakk­an lebih ramai generasi muda melibatkan diri dalam pertanian komersial menggunaka­n teknologi terkini.

 ?? SEGAR: — Gambar Chimon Upon ?? Mussen diiringi Yu (kanan) semasa mengadakan lawatan ke Ladang SayurSayur­an Hidroponik Emma di Batu Kawa, semalam.
SEGAR: — Gambar Chimon Upon Mussen diiringi Yu (kanan) semasa mengadakan lawatan ke Ladang SayurSayur­an Hidroponik Emma di Batu Kawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia