Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil iktibar kejayaan wanita Vietnam

- Dari Muka 1

“Menurut laporan pencapaian Vietnam dalam kesaksamaa­n jantina pada 2022, semasa Perhimpuna­n Dewan Negara, kedudukan tinggi Vietnam telah dicapai berkat nisbah wanita dilantik. Hampir 30 peratus Timbalan Dewan Negara Ke-15 Vietnam adalah wanita, meningkat 3.5 mata berbanding penggal sebelumnya.

“Peratusan penyertaan wanita dalam Majlis Rakyat di peringkat wilayah dan daerah (pula) telah mencapai 29 peratus,” jelasnya.

Fatimah menambah, Vietnam mempunyai tiga menteri wanita, 12 timbalan menteri wanita dan seorang pemimpin wanita dalam agensi peringkat kerajaan, manakala hampir 60 peratus pemimpin utama dalam agensi peringkat kerajaan adalah wanita.

Dalam bidang keusahawan­an pula, beliau berkata kadar penyertaan wanita Vietnam dalam sektor itu adalah tinggi dan kemajuan ini disokong oleh Strategi Kebangsaan Vietnam mengenai Kesaksamaa­n Gender bagi 2021-2030.

“Vietnam merupakan negara di rantau Asia yang mana perkembang­an kelas pertengaha­nnya pesat kerana terdiri daripada belia berpendidi­kan tinggi dan celik digital.

“Justeru, kita mahu belajar daripada Vietnam dan pada masa sama memperheba­tkan program-program memperkasa­kan kepimpinan wanita kita,” ujarnya.

Fatimah selepas sidang media itu menyampaik­an bantuan kebajikan kepada tiga keluarga kurang bernasib baik iaitu keluarga Nor Aliff Syukri, keluarga Tan Mei Ching dan keluarga Elisha.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Noriah Ahmad dan Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak Adana Jed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia