Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki daging rusa tanpa lesen sah, peniaga dipenjara, denda RM12,000

-

Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM12,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan memiliki daging rusa secara haram dan berniat menjualnya.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Azreena Aziz setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Junilis Wesley, 48, dari Jalan Acacia, Taman Shang di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar (OPHL) 1998 (Bab 26) dan dihukum di bawah Seksyen 37 (2) akta sama kerana kesalahan memiliki daging rusa spesies Rusa Unicolor seberat 17.58 kilogram (kg) tanpa lesen sah.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 untuk setiap ekor atau bahagian hidupan liar yang dimiliki.

Selain itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 37 (3) OPHL 1998 (Bab 26) dan dihukum di bawah Seksyen 33 (1) serta dibaca bersama Seksyen 33 (3) akta sama kerana berniat menjual atau menawarkan daging tersebut untuk tujuan jualan.

Kesalahan ini memperuntu­kkan denda maksimum RM5,000, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, pada jam 10 pagi, 15 Februari 2023 , sepasukan pegawai hidupan liar dari Sarawak Forestry Corporatia­n (SFC) diketuai Helmut Palus telah mengadakan pemeriksaa­n rutin di kawasan Tamu Pujut Corner di sini.

Ketika menghampir­i sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigak­an, mereka telah bertemu tertuduh yang kemudian mengaku memiliki 12 peket daging rusa di dalam kenderaann­ya.,

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati tertuduh ada memiliki daging rusa spesies Rusa Unicolor seberat 17.58 kg tanpa lesen sah dan dipercayai berniat menjual atau menawarkan ia untuk tujuan dijual.

Berikutan itu, daging rusa tersebut bersama kenderaan, kunci kereta dan telefon bimbit tertuduh kemudian dirampas.

Difahamkan, tertuduh pernah dikompaun beberapa kali sebelum ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 29 (2) OPHL 1998 pada 2021 dan pernah disiasat di bawah seksyen sama atas kesalahan yang dilakukan pada 24 Oktober 2022 kerana memiliki spesies hidupan liar terlindung di Tamu Pujut Corner.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya dan telah berkahwin serta mempunyai empat orang anak selain menyara ibu bapa yang telah tua.

Sementara itu, pihak pendakwaan memohon agar tertuduh dikenakan hukuman yang lebih berat kerana tertuduh pernah melakukan kesalahan serupa dan pernah dikompaun sebelum ini namun masih mengulangi kesalahan tersebut.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 atau sebulan penjara, sementara bagi kesalahan kedua, tertuduh didenda RM10,000 atau empat bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin dan Mohd Muhaimin Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia