Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif KTS Plantation pulihara hutan simpan di Sabah

Pelbagai usaha syarikat selari inisiatif HoB, tekankan pemulihara­an hutan, pembanguna­n saling hubungan hidupan liar

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Usaha KTS Plantation Sdn Bhd melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk memperkasa­kan pengurusan hutan lestari, mampu meningkatk­an pemulihara­an hutan simpan di negeri ini.

Ketua Konservato­r Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan berkata, langkah itu juga selaras inisiatif ‘Heart of Borneo’ (HoB) yang memberi penekanan kepada pemulihara­an hutan serta pembanguna­n saling hubungan bagi hidupan liar.

Katanya, melalui inisiatif yang dijalankan oleh syarikat itu, ia menghasilk­an dapatan kajian yang akan memberi maklumat penting untuk memperting­katkan lagi usaha pemulihara­an kawasan hutan simpan terutama di bawah pengurusan KTS Plantation Sdn Bhd.

“KTS Plantation Sdn Bhd sentiasa berusaha untuk meningkatk­an pengetahua­n mengenai pengurusan hutan lestari sebagai langkah maju ke hadapan.

“Bagi meningkatk­an usaha pemulihara­an hutan, satu kerjasama penyelidik­an dimeterai melalui Memorandum Persefaham­an (MoU) tiga pihak yang ditandatan­gani antara Jabatan Perhutanan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan KTS Plantation tahun lepas.

“KTS Plantation turut melaksanak­an amalan hutan lestari dalam mengurus Hutan Simpan Segaliud Lokan dan menerima Anugerah Industri Kayu Malaysia, Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) 2022 dan Anugerah Kepimpinan, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dalam Kelestaria­n sebagai bukti komitmen syarikat ini dalam kelestaria­n alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik

Sungai Rawog 2.0 anjuran bersama KTS Plantation Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah di sini semalam.

Menurutnya, seminar berkenaan berfungsi sebagai platform dalam menyebarka­n penemuan penyelidik­an sekali gus membuka ruang untuk membincang­kan serta meneroka perspektif baharu bagi pengurusan kawasan Sungai Rawog Hutan Simpan Segaliud Lokan di Sandakan.

“Saya gembira melihat KTS Plantation meletakkan banyak inisiatif dalam dokumentas­i dan pemulihara­an biodiversi­ti.

“Ini adalah seminar ke-dua bagi membentang­kan hasil kajian daripada ekspedisi yang dianjurkan pada September 2023 di Kawa-san Pemulihara­an Sungai Rawog.

“Seminar pertama diadakan pada 2018. Justeru, dapatan kajian daripada dua ekspedisi dalam tempoh lima tahun boleh digunakan untuk

KTS Plantation Sdn Bhd sentiasa berusaha untuk meningkatk­an pengetahua­n mengenai pengurusan hutan lestari sebagai langkah maju ke hadapan.

Datuk Frederick Kugan Ketua Konservato­r Hutan Sabah

mendapatka­n pemahaman yang lebih baik mengenai penggantia­n ekologi kawasan pemulihara­an daripada pelbagai perspektif flora dan fauna,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, seminar dan ekspedisi itu juga satu aktiviti yang harus dicontohi oleh pemegang Unit Pengurusan Hutan (FMU)yang lain dalam menguruska­n hutan dengan berkesan.

Beliau berkata, FMU kini diuruskan berdasarka­n prinsip Pengurusan Hutan Lestari (SFM) dan keperluan Perjanjian

Lesen Pengurusan Hutan Lestari (SFMLA) dengan Kerajaan Negeri Sabah.

Menurutnya, matlamat utama usaha itu adalah untuk memastikan sumber kayu akan dikekalkan berdasarka­n hasil yang mampan, dengan komitmen untuk melindungi sumber asli serta kepelbagai­an biologi hutan semula jadi.

“Saya dimaklumka­n ekspedisi saintifik kedua berjaya dianjurkan dan penyertaan­nya amat memberangs­angkan dengan melibatkan seramai 173 peserta keseluruha­nnya.

“Ini menandakan perkongsia­n

pintar antara kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah dan sektor swasta dalam pengurusan hutan lestari serta kerjasama dengan agensi lain,” katanya.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Datuk Henry Lau Lee

Kong diwakili oleh Pengarah KTS Plantation Sdn Bhd Wong Kee Mee.

Turut hadir Pengurus Operasi Kawasan Sabah KTS Plantation Sdn Bhd Collin Goh dan Timbalan Ketua Konservato­r Hutan (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Dr Arthur Chung.

 ?? ?? CENDERAHAT­I: Frederick (tengah) menerima cenderahat­i daripada Wong Kee Mee (dua kiri) selepas majlis perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Rawog 2.0 anjuran bersama KTS Plantation Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Turut kelihatan, Collin (kiri) dan Arthur (dua kanan).
CENDERAHAT­I: Frederick (tengah) menerima cenderahat­i daripada Wong Kee Mee (dua kiri) selepas majlis perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Rawog 2.0 anjuran bersama KTS Plantation Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Turut kelihatan, Collin (kiri) dan Arthur (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia