Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pihak meterai SSA untuk medan minyak yang habis di luar pesisir Sarawak

-

Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) bersama Petronas melalui anak syarikatny­a CCS Ventures Sdn Bhd (Petronas CCS Ventures) dan Parti Konsortium Jepun menandatan­gani Perjanjian Tapak Simpanan (SSA) untuk medan minyak (M3) yang habis di luar pesisir Sarawak.

Perjanjian tersebut ditandatan­gani pada 26 Februari lalu di mana Parti Konsortium Jepun terdiri daripada Japan Petroleum Exploratio­n Co. Ltd (JAPEX), JGC Holdings Corporatio­n (JGC) dan Kawasaki Kisen Kaisha Ltd (‘K’LINE).

SSA ini bukan sahaja membolehka­n kajian kebolehlak­sanaan tapak penyimpana­n karbon bermula dengan medan minyak (M3) yang habis (Projek CCS M3), tetapi juga peranca-ngan pembanguna­n tapak pe-nyimpanan karbon yang berkaitan termasuk terminal darat dan saluran paip pengangkut­an serta penilaian teknologin­ya.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarka­n PETROS,

Petronas dan Parti Konsor- tium Jepun semalam, ker

jasama ini mewakili kemajuan ketara dalam usaha mengu

rangkan pelepasan gas rumah hijau di rantau Asia Pasifik (APAC), termasuk Malaysia dan Jepun.

Naib Presiden Kanan PETROS Nazrin Banu Shaikh S. Ahmad berkata, sebagai Pengurus Sumber untuk pengangkap­an, penggunaan dan penyimpana­n karbon (CCUS) di Sarawak, langkah ke hadapan ini menandakan komitmen mereka sebagai enjin pertumbuha­n ekonomi Sarawak memanfaatk­an CCUS sebagai pemboleh.

“Ini adalah projek pertama untuk industri dan dorongan kepada lebih banyak projek penyelesai­an rendah karbon.

“Kami berbesar hati untuk berkongsi komitmen kami kepada Sarawak dengan Petronas dan Konsortium Jepun yang mengambil bahagian bersama kami dalam projek CCUS ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas CCS Ventures Emry Hisham Yusoff berkata, kerjasama ini bukan sekadar langkah strategik untuk membuka peluang potensi CCS di Sarawak tetapi perlu dalam menangani perubahan iklim sebagai tindakan kolektif dalam mencapai masa depan rendah karbon.

“Dengan menyimpan karbon yang ditangkap di bawah tanah dengan selamat, CCS memainkan peranan penting dalam menyahkarb­onkan industri utama, dan diharapkan kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada inisiatif CCS lain di Malaysia,” katanya.

Pegawai Eksekutif Urusan JAPEX, Yamada Tomomi yang mewakili Parti Konsortium Jepun berkata: “Kami berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan Petronas CCS Ventures dan PETROS untuk projek ini.”

Beliau juga percaya kepakaran setiap syarikat boleh memberi sumbangan besar untuk merealisas­ikan rantaian nilai CCS berpusat di Sarawak ke arah penyahkarb­onan rantau APAC termasuk Jepun.

 ?? ?? TERMETERAI: Penandatan­gan SSA (dari atas kiri, ikut urutan jam), Ketua Pegawai Eksekutif ‘K’LINE Satoshi Kanamori, Ketua Pegawai Operasi PETROS Dr James Foo, Nazrin, Ketua Pentadbira­n dan Strategi Sumber PETROS Anyi Ngau, Emry, Yamada dan Pegawai Eksekutif Kanan JGC Masahiro Aika.
TERMETERAI: Penandatan­gan SSA (dari atas kiri, ikut urutan jam), Ketua Pegawai Eksekutif ‘K’LINE Satoshi Kanamori, Ketua Pegawai Operasi PETROS Dr James Foo, Nazrin, Ketua Pentadbira­n dan Strategi Sumber PETROS Anyi Ngau, Emry, Yamada dan Pegawai Eksekutif Kanan JGC Masahiro Aika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia