Utusan Borneo (Sarawak)

KTS bakal tubuh Kursi Akademik di UMS

-

Kumpulan Syarikat KTS akan menubuhkan Kursi Akademik di Fakulti Perhutanan Tropika Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Datuk Henry Lau Lee Kong berkata, penubuhan Kursi Akademik itu kini dalam peringkat akhir perbincang­an.

Katanya, ia adalah langkah pihak KTS dalam mengukuhka­n semula komitmen syarikat terhadap inisiatif penyelidik­an dan pendidikan terutama melibatkan usaha pemulihara­an dan pengurusan hutan lestari.

Menurutnya, usaha itu dilaksanak­an selepas KTS melalui anak syarikatny­a KTS Plantation Sdn Bhd memeterai Perjanjian Persefaham­an (MoU) tiga pihak dengan UMS dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah untuk menjalanka­n penyelidik­an dalam pelbagai aspek pengurusan hutan lestari dan menyokong pendidikan bidang perhutanan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Rawog 2.0 anjuran bersama KTS Plantation Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Konservato­r Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan. Teks ucapan Henry dibacakan oleh Pengarah KTS Plantation Sdn Bhd Wong Kee Mee yang mewakili beliau pada majlis itu.

Sementara itu Henry berkata, penganjura­n seminar

berkenaan bertujuan menyampaik­an hasil dapatan ekspedisi saintifik kepada pelbagai pihak berkepenti­ngan dan masyarakat hutan secara amnya.

“Data daripada ekspedisi ini menunjukka­n Hutan Simpan Segaliud Lokan di Sandakan mempunyai populasi dan kepelbagai­an spesis hidupan liar yang tinggi berbanding dengan kawasan hutan pengeluara­n lain serta hutan pemulihara­an di Sabah.

“Ini turut membuktika­n strategi amalan pengurusan hutan berpanduka­n pendekatan berasaskan sains mendorong syarikat kami untuk melangkah lebih jauh bersama komuniti saintifik.

“Lebih sedekad kita melihat industri hutan berkembang daripada industri konvension­al kepada industri kompleks yang mencabar prinsip pengurusan hutan lestari. Ini menunjukka­n kemerosota­n sumber hutan bagi flora dan fauna,” jelasnya.

Menurutnya, industri hutan di negara maju seperti Kanada dan New Zealand menunjukka­n bidang sains berjaya membawa industri hutan mereka melalui tempoh

yang sukar sebelum menjadi negara contoh kepada negara lain di dunia dalam aspek pengurusan hutan lestari.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 200 peserta dari pelbagai organisasi dan agensi di Sabah menyertai Seminar Ekspedisi Saintifik Kawasan Konservasi Sungai Rawog versi 2.0.

Katanya, seminar itu berfungsi sebagai platform untuk menyebarka­n perbanding­an dan hasil tambahan kajian daripada ekspedisi yang diadakan pada September 2023.

“Sebanyak 19 kertas kerja secara lisan dan 17 poster dibentangk­an melibatkan ekosistem hutan di Su-ngai Rawog, sains fizikal, kepelbagai­an tumbuhan dan hidupan liar serta potensi pelanconga­n.

“Maklumat yang dikompilas­ikan daripada seminar ini akan digunakan sebagai garis panduan untuk memperting­katkan lagi kawasan pemulihara­an sekali gus akan menyumbang ke arah rancangan masa depan di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Katanya, Kawasan Pemulihara­an Sungai Rawog meliputi kawasan seluas 3,118 hektar (ha) di sepanjang

lembah Sungai Rawog yang berfungsi sebagai koridor hidupan liar menghubung­kan Deramakot Forest Reserve dan IOI Sdn Bhd.

Beliau berkata, kawasan rizab itu diuruskan oleh KTS Plantation Sdn Bhd sejak 1993 dan kini diuruskan berdasarka­n kepada prinsip Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Lestari (SFMLA) dengan Kerajaan Negeri Sabah.

“Matlamat utamanya adalah untuk memastikan sumber kayu dapat dikekalkan berdasarka­n asas hasil mampan, dengan komitmen untuk melindungi sumber asli serta kepelbagai­an biologi hutan semula jadi.

“Selain itu, piawaian yang tinggi terhadap amalan pengurusan hutan adalah penting untuk memastikan operasi hutan seperti pemulihara­an hutan dan penuaian kayu adalah sepadan dengan kepelbagai­an populasi hidupan liar yang terdapat di rizab ini,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Operasi Kawasan Sabah KTS Plantation Sdn Bhd Collin Goh dan Timbalan Ketua Konservato­r Hutan (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Dr Arthur Chung.

 ?? ?? SEMINAR: Para peserta Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Rawog 2.0 merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan pada majlis itu. Turut kelihatan Frederick (duduk, tengah), Wong Kee Mee (duduk, dua kanan), Collin (duduk, kanan) dan Arthur (duduk, dua kiri).
SEMINAR: Para peserta Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Rawog 2.0 merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan pada majlis itu. Turut kelihatan Frederick (duduk, tengah), Wong Kee Mee (duduk, dua kanan), Collin (duduk, kanan) dan Arthur (duduk, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia