Utusan Borneo (Sarawak)

Program RTP inisiatif penting bangunkan kawasan luar bandar

-

Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang diperkenal sejak 2015 adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri yang sangat penting dan banyak memberi impak dalam membangunk­an kawasan di luar bandar.

Penghulu Abang Norin Abang Norudin berkata, RTP membolehka­n penyediaan pembanguna­n seperti infrastruk­tur asas, kemudahan utiliti dan ameniti sosial dan sebagainya ke arah kesejahter­aan rakyat.

“Kerajaan negeri menyediaka­n dana yang besar melalui program RTP untuk menaik taraf infrastruk­tur asas di kampung dan rumah panjang termasuk di daerah Sri Aman dan Lingga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis ringkas penyerahan tapak projek RTP Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga bagi Projek Bina Semula Rumah Wakaf Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Sri Aman daripada agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kontraktor iaitu Usaha Maju di tapak terbabit, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau mahu pemimpin masyarakat dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di bawah seliaan beliau supaya sentiasa memantau pelaksanaa­n projek agar berjalan lancar.

“Terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor kerana meluluskan projek RTP ini serta sentiasa menyokong idea-idea pembanguna­n komuniti di kawasan DUN Lingga.

“Selain itu, kami turut berterima kasih kepada Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan yang sentiasa mengingatk­an ketua masyarakat dan ketua kaum agar sentiasa proaktif bukan sekadar dalam mempertaha­nkan warisan budaya tetapi turut terlibat secara proaktif dalam mendengar dan menyelesai­kan masalah rakyat,” katanya.

Turut hadir ialah Temenggung Mohd Shah Anchang, Ketua Kampung (KK) Husaini Abu Talip, KK Abang Ramlan Abang Morshidi, KK Jimi Peri, KK Mohamad Yusop, KK Rusli Ana dan pemaju projek RTP berkenaan.

 ?? — Gambar Penerangan ?? PROJEK: Abang Norin (tiga kiri) bersama pihak JKR pada majlis penyerahan tapak projek di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman kelmarin.
— Gambar Penerangan PROJEK: Abang Norin (tiga kiri) bersama pihak JKR pada majlis penyerahan tapak projek di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir, Sri Aman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia