Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital Sarikei terima dua mesin hemodialis­is

-

Dua mesin hemodialis­is telah diserahkan kepada Hospital Sarikei bagi menampung keperluan di hospital tersebut, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, penyerahan mesin itu sekali gus menambah bilangan mesin sedia ada di hospital terbabit.

“Dua mesin ini bernilai RM82,300 (setiap satu berharga RM41,150). Pada 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah membeli sebanyak 24 mesin hemodialis­is secara tender.

“Jumlah keseluruha­n perbelanja­an yang telah digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak untuk membeli 24 mesin ini adalah sebanyak RM987,600,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialis­is di Bawah Inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang di Dewan Hospital Sarikei pada Selasa lepas.

Menurut Fatimah, mesinmesin tersebut telah ditempatka­n di 11 hospital, pusat jantung dan dua klinik di negeri ini.

“Sebuah mesin ini telah ditempatka­n di Pusat

Jantung Sarawak, dua di Hospital Lundu, sebuah di Hospital Serian, tiga di Hospital Betong, sebuah di Klinik Kesihatan Debak, sebuah di Hospital Saratok, sebuah di Hospital Kanowit, tiga di Hospital Mukah, sebuah di Hospital Dalat, dua di Hospital Sarikei, dua di Klinik Kesihatan Tatau, tiga di Hospital Bintulu, sebuah di Hospital Limbang dan dua di Hospital Lawas.

“Pada 2021 pula, sebanyak enam mesin hemodialis­is telah diserahkan kepada lima institusi kesihatan di seluruh Sarawak.

“Penempatan dan penambahan mesin ini di seluruh Sarawak mengambil kira keperluan pengguna atas sebab pertambaha­n bilangan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan, penggantia­n mesin lama dan usang serta kapasiti penggunaan mesin yang tinggi,” jelasnya.

Selain itu kata Fatimah, sejak Januari 2020 hingga Disember 2023, sebanyak 399 permohonan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) telah diluluskan di negeri ini.

Katanya, bantuan tersebut telah menelan peruntukan berjumlah RM6,944,780.

“Di Sarikei setakat ini, seramai 209 pesakit telah mendapatka­n rawatan di Unit Hemodialis­is Hospital Sarikei dengan bilangan mesin berjumlah 16 buah.

“Kita berharap pertambaha­n mesin ini memberikan manfaat kepada pesakit yang mendapatka­n rawatan ini di Hospital Sarikei,” ujar Fatimah lagi.

Hadir sama Pengarah Hospital Sarikei Dr Mohamad Ng Siah Huat, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Bantuan Kesejahter­aan Sosial Armisy Basri dan wakil Residen Bahagian Sarikei Susie Dominic Junit.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Fatimah menyerahka­n mesin hemodialis­is kepada pihak Hospital Sarikei pada majlis ringkas Selasa lepas.
KEMUDAHAN: Fatimah menyerahka­n mesin hemodialis­is kepada pihak Hospital Sarikei pada majlis ringkas Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia