Utusan Borneo (Sarawak)

16,605 kad KGC diagih setakat Disember 2023, kata Fatimah

-

Sebanyak 16,605 kad Kenyalang Gold Card (KGC) telah diagihkan kepada para penerima sejak 2020 hingga Disember 2023.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, di Sarikei pemegang KGC boleh mendapat pelbagai keistimewa­an yang ditawarkan 32 rakan strategik di seluruh bahagian.

“Bagi warga emas di Sarawak, mereka disediakan dengan potongan harga dan perkhidmat­an melalui penggunaan KGC dengan kerjasama rakan strategik KGC yang terdiri daripada syarikat swasta dan pusat komersial berdaftar di serata Sarawak.

“Antara rakan strategik KGC yang terdapat di Sarikei ialah Kedai Selamart yang menawarkan diskaun tiga peratus bagi pembelian berjumlah RM100 dan ke atas kecuali kad tambah nilai, kedai MY SPEC, PMG Medical Clinic Sdn Bhd, PMG Pharmacy dan Kedai Bossku.

“Di kedai-kedai dan pusat kesihatan ini, pemegang KGC boleh mendapat pel

bagai keistimewa­an seperti yang telah ditawarkan oleh rakan strategik tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n plak KGC kepada rakan strategik KGC di Kedai Selamart di sini pada Selasa lepas.

Untuk rekod, terdapat 31 rakan strategik di seluruh Bahagian Sarikei dan jumlah itu bertambah kepada 32 dengan penyertaan terbaharu Kedai Selamart.

Pada masa sama, Fatimah berharap pada masa akan datang lebih ramai akan tampil bekerjasam­a dengan

kementeria­n sebagai rakan strategik KGC bagi kesejahter­aan bersama.

“Selain itu, pemegang KGC turut dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang merupakan pemberian kepada waris pemegang KGC yang meninggal dunia bagi menanggung kos pengebumia­n berjumlah RM3,000 seorang pemegang KGC.

“Sejak 2020 hingga Disember 2023, sejumlah 1,368 permohonan BIK telah diluluskan di Bahagian Sarikei melibatkan perbelanja­an sebanyak RM4,104,000,” jelas Fatimah lagi.

 ?? ?? KERJASAMA: Fatimah menyampaik­an plak KGC kepada rakan strategik KGC di Kedai Selamart, Sarikei pada Selasa lepas.
KERJASAMA: Fatimah menyampaik­an plak KGC kepada rakan strategik KGC di Kedai Selamart, Sarikei pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia