Utusan Borneo (Sarawak)

RM2.5j untuk laksana Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita

Geran yang diperuntuk­kan oleh JWKS berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM2,000 bagi setiap peserta: Fatimah

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) telah memperuntu­kkan RM2.5 juta bagi pelaksanaa­n Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, geran tersebut berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM2,000 bagi setiap peserta.

“Program ini menyasarka­n golongan wanita Sarawak berumur 18 tahun ke atas yang berada dalam kelompok B40.

“Di Bahagian Sarikei, seramai 164 usahawan wanita telah menerima peralatan sejak awal Januari tahun ini dan jumlah keseluruha­n penerima seramai 1,274 orang.

“Oleh yang demikian, kami berharap para penerima akan memanfaatk­an sepenuhnya geran modal ini dalam memajukan perniagaan masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak Sarikei di Dewan Sri Nyelong di sini pada Selasa lepas.

Menurut Fatimah, JWKS amat komited terhadap pembanguna­n kerjaya dalam kalangan wanita di Sarawak terutama meningkatk­an kesedaran berkaitan perkhidmat­an yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan ke arah pembanguna­n kerjaya wanita.

Katanya, program ini akan memberi pendedahan dan maklumat berhubung

peluang pekerjaan bagi wanita dalam sektor ekono

miformalda­ninformals­erta meningkatk­an akses dan

penyertaan wanita dalam masyarakat.

“Impak jangka masa panjang program JWKS ini adalah dari segi kedudukan ekonomi wanita di Sarawak bagi memastikan perniagaan yang diceburi diuruskan dengan baik dan berdaya tahan.

“Sehubungan itu, pihak kementeria­n melalui JWKS akan terus berkolabor­atif dengan rakan-rakan strategik bagi memperkasa kemandiria­n diri wanita Sarawak dan melestarik­an keluarga melalui inisiatif keterangku­man inovasi sosial seiring aspirasi PCDS (Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 Sarawak) 2030 bagi sektor perkhidmat­an sosial,” jelas Fatimah.

Hadir sama, Pemangku Setiausaha Tetap Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Nur Alina Abdullah dan Pengarah JWKS Salimah Jobeli.

“Impak jangka masa panjang program JWKS ini adalah dari segi kedudukan ekonomi wanita di Sarawak bagi memastikan perniagaan yang diceburi diuruskan dengan baik dan berdaya ” tahan. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

 ?? ?? KOMITMEN: Fatimah menyempurn­akan simbolik penyerahan geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak bagi Bahagian Sarikei pada Selasa lepas.
KOMITMEN: Fatimah menyempurn­akan simbolik penyerahan geran Modal Pemerkasaa­n Wanita Sarawak bagi Bahagian Sarikei pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia