Utusan Borneo (Sarawak)

Brunei minat bekerjasam­a dengan Sarawak dalam penanaman padi

-

Negara Brunei Darussalam berminat untuk memupuk kerjasama dengan Sarawak khususnya dalam bidang penanaman padi bagi meningkatk­an keterjamin­an makanan di kedua-dua belah sempadan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wiayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerjasama tersebut boleh dilaksana menerusi pertukaran idea dan teknologi.

Dr Rundi berkata, beliau menyedari kepentinga­n kerjasama itu susulan pertemuan baru-baru ini dengan Dato Dr Abdul Manaf Metussin yang merupakan Menteri Sumber Utama dan Pelanconga­n Negara Brunei Darussalam.

“Perbincang­an kami dengan Dr Abdul Manaf berkisar tentang pelbagai perkara pertanian, khususnya penanaman padi.

“Menurutnya, Negara Brunei Darussalam telah menunjukka­n minat yang ketara untuk bekerjasam­a dengan kita.

“Salah satu bidang utama yang kita sedang lihat ialah memastikan keselamata­n atau jaminan makanan, dengan tumpuan khusus kepada penanaman padi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kunjungan hormat delegasi Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Dr Abdul Manaf di sini, malam kelmarin.

Pada majlis itu, Dr Rundi turut mengetenga­hkan kerjasama Sarawak dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu yang menekankan potensi peningkata­n pengeluara­n padi melalui penggunaan benih padi hibrid dan inovasi.

“Perbincang­an juga dilanjutka­n kepada pengkomers­ialan produk ternakan seperti lembu kerana Brunei telah menceburi pengkomers­ialan daging selari dengan usaha Sarawak dalam hal itu,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai tahap sara diri (SSL) Sarawak yang rendah iaitu hanya 12.5 peratus dalam ternakan,

Dr Rundi berkata terdapat pengiktira­fan bersama tentang keperluan untuk meningkatk­an populasi lembu bagi merealisas­ikan matlamat mengkomers­ialkan produk ternakan.

Selain itu katanya, perbincang­an turut merangkumi pembanguna­n teknologi akuakultur dengan potensipen­gkomersial­anyang bertujuan mewujudkan hasil yang saling menguntung­kan bagi Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, khususnya Sarawak.

Susulan sidang media itu, Dr Rundi dan tetamu kenamaan lain turut menghadiri majlis makan malam bersama delegasi Negara Brunei Darussalam

di tempat yang sama.

Antara yang hadir ialah dua Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan

Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Martin Ben serta Setiausaha Tetap

Kementeria­n Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sirai Daha bersama pegawai lain.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? BERMINAT: Dr Rundi semasa menerima kunjungan daripada delegasi Negara Brunei Darussalam yang diketuai Dr Abdul Manaf (kanan) sebelum majlis makan malam.
— Gambar Roystein Emmor BERMINAT: Dr Rundi semasa menerima kunjungan daripada delegasi Negara Brunei Darussalam yang diketuai Dr Abdul Manaf (kanan) sebelum majlis makan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia