Utusan Borneo (Sarawak)

55 masjid, surau dipilih bagi inisiatif KIK Masjid Sarawak

Pemilihan dibuat dalam kalangan masjid, surau yang meraih anugerah Maal Hijrah, penarafan tiga hingga lima bintang

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Sebanyak 55 masjid dan surau dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai pelaksanaa­n Inisiatif Kualiti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Masjid Sarawak pada tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, masjid dan surau terpilih dari seluruh negeri tersebut merupakan antara yang mendapat anugerah Maal Hijrah serta penarafan tiga hingga lima bintang.

Menurutnya, untuk tahun ini, Jawatankua­sa Pengurusan (JKP) masjid dan surau tersebut akan menghadiri bengkel sebanyak tiga kali di Kuching, Sibu dan Miri.

“Satu makmal strategik atau bengkel projek KIK dalam kalangan JKP bakal dilaksanak­an bagi meningkatk­an kompetensi pengurusan masjid dalam menghasilk­an inovasi berimpak tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selesai majlis pelancaran Inisiatif Kualiti KIK Masjid Sarawak oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Mengulas lanjut Misnu berkata, dengan pelaksanaa­n inisiatif berkenaan, ia bakal mewujudkan perubahan dalam pengurusan, pentadbira­n dan kewangan masjid serta surau di seluruh negeri.

“Kita inginkan masjid ceria, bersih dan diatur dengan cukup sempurna. Bagaimanap­un, dalam mencapai matlamat itu, kita turut mengambil kira mahupun mendengar ideaidea daripada masjid serta surau mengenai cara mereka menguruska­n institusi mereka,” katanya.

Dr Abdul Rahman dalam ucapan perasmiann­ya menyeru pengurusan masjid dan surau untuk mengambil

peluang menyertai program KIK dengan sebaik mungkin.

Ia katanya, supaya masjid dan surau bukan sahaja memainkan peranan sebagai tempat untuk beribadat tetapi turut berfungsi sebagai tamterutam­anya dari segi kreativiti dalam pengurusan masjid termasukla­h dalam pengurusan dan pentadbira­n, pengimarah­an serta pembanguna­n fizikal.

Pada majlis sama, Dr Abdul Rahman turut menyampaik­an simbolik sumbangan MIS tahun 2024 kepada 13 wakil masjid dan surau serta dua Jawatankua­sa Tanah Perkuburan Islam sempena Ramadan tidak lama lagi.

Beliau juga menyampaik­an sijil penarafan bintang kepada tiga masjid dari Kuching, Mukah dan Bintulu.

 ?? Roystein Emmor — Gambar ?? LANCAR: Dr Abdul Rahman memukul beduk sebagai simbolik perasmian pelancaran Inisiatif Kualiti KIK Masjid Sarawak.
Roystein Emmor — Gambar LANCAR: Dr Abdul Rahman memukul beduk sebagai simbolik perasmian pelancaran Inisiatif Kualiti KIK Masjid Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia