Utusan Borneo (Sarawak)

MIS salur RM1.619 juta untuk selenggara tempat ibadat, perkuburan Islam di Sarawak

-

Majlis Islam Sarawak (MIS) menyalurka­n sejumlah RM1.619 juta untuk penyelenga­raan tempattemp­at ibadah dan tanah perkuburan Islam di seluruh Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sumbangan itu bertujuan untuk memberi galakan kepada jawatankua­sa bertanggun­gjawab dalam menguruska­n masjid, surau dan tanah perkuburan masing-masing.

Antara yang menerima sumbangan masing-masing berjumlah RM1,000 itu adalah 149 masjid dan surau di Betong, Bintulu (91), Kapit (13), Kuching (365), Limbang (168), Miri (201), Mukah (166), Samarahan (209), Sarikei (37), Sibu (67) dan Sri Aman (47).

“Daripada RM1.619 juta tersebut, sejumlah RM1.571 juta disalurkan kepada 1,571 masjid dan surau di seluruh bahagian di Sarawak menerusi

Jawatankua­sa Pengurusan (JKP) Masjid mereka.

“Sementara RM48,000 disumbangk­an kepada 48 Jawatankua­sa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam (JKTPI).

“Sumbangan daripada MIS ini adalah untuk memastikan pengurusan masjid, surau dan tanah perkuburan masingmasi­ng dapat dilaksana dan diselengga­ra dengan baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Inisiatif Kualiti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Masjid Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Pada majlis sama, Dr Abdul Rahman turut menyampaik­an sijil penarafan bintang kepada tiga masjid di Kuching, Mukah dan Bintulu.

Anugerah penarafan lima bintang diberikan kepada Masjid Nurir Rahmani Kampung Santubong, Kuching sementara Masjid Darul Huda Kampung Kuala

Lama, Mukah dan Masjid Darussalam Kampung Baru Darat, Bintulu masingmasi­ng menerima penarafan empat bintang.

Masjid yang mendapat anugerah lima bintang memperoleh sijil penarafan dan wang tunai RM5,000, manakalawa­ngtunaiRM2,000 berserta sijil masing-masing diberikan kepada masjid empat bintang.

Untuk rekod, Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak (SPBMNS) yang dilancarka­n pada tahun 2017 itu merupakan satu indikator untuk mengukur kualiti kecemerlan­gan pengurusan, pengimarah­an, kebersihan dan keceriaan masjid di Sarawak.

Masjid-masjid yang telah melalui proses pengaudita­n akan diberikan penarafan bintang 0 hingga lima bintang.

Hadir sama semasa majlis itu ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak (SPBMNS) lima bintang kepada wakil Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong. Turut kelihatan, Misnu (tiga kanan).
— Gambar Roystein Emmor TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Negeri Sarawak (SPBMNS) lima bintang kepada wakil Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong. Turut kelihatan, Misnu (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia