Utusan Borneo (Sarawak)

Projek sistem hidrogen berskala besar dicadang di Long Bedian

Cadangan projek selaras usaha Sarawak promosi ekonomi hijau

- Oleh Steve Annuar ADUN Telang Usan

MIRI: Projek sistem solar dan hidrogen dicadang untuk dilaksanak­an bagi memenuhi keperluan sumber tenaga elektrik di daerah kecil Long Bedian di Telang Usan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau berkata, projek tersebut yang pertama dilaksanak­an di Malaysia turut selaras dengan usaha kerajaan negeri mempromosi­kan kepentinga­n hidrogen hijau.

“Projek sistem hidrogen hijau berskala besar di daerah kecil Long Bedian akan membolehka­n semua kemudahan luar grid di Sarawak termasuk kampung, kem pembalakan kayu dan ladang kelapa sawit dikuasakan tenaga elektrik selama 24 jam dengan sistem solar dan hidrogen.

“Ia sekali gus meningkatk­an taraf hidup dan kesejahter­aan seluruh masyarakat luar bandar,” ujarnya ketika ditemui kelmarin semasa mengetuai rombongan melawat ke Stesen Janakuasa Hibrid Long Bedian untuk membincang­kan projek tersebut.

Rombongan terdiri dari

wakil Kementeria­n Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia, Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak, Sarawak Energy Berhad, SEDC Energy, UNIMAS dan H2 Energy Sdn Bhd.

Dennis berkata, projek yang dicadangka­n itu adalah susulan kejayaan projek perintis solar dan hidrogen di Klinik Kesihatan (KK) Long Loyang, Ulu Tinjar.

Sumber tenaga elektrik di klinik itu telah beroperasi selama 24 jam tanpa gangguan sejak ia ditauliahk­an pada Disember 2021.

Dennis berkata, kejayaanny­a adalah berdasarka­n kepada data yang disahkan daripada sistem H2E iaitu H2E1.

Proses perancanga­n untuk projek perintis di klinik itu bermula dari tahun 2016, hasil permohonan daripada Dennis.

Menurutnya, Kementeria­n

Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan perbelanja­an besar kerana kesukaran membekalka­n minyak diesel untuk keperluan generator di semua klinik pedalaman di kawasan kontituens­i Telang Usan, sekali gus mengehadka­n tempoh penggunaan tenaga elektrik.

Sistem H2E1 yang dirasmikan di KK Long Loyang oleh Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi pada 8 Ogos 2022 diyakini telah bersedia untuk diperluask­an di kampung luar bandar di luar grid di Sarawak, katanya.

“Sejajar dengan pembanguna­n ekonomi hidrogen kerajaan Sarawak, projek perintis di Klinik Long Loyang berjaya membuktika­n bahawa keperluan tenaga kritikal semua klinik desa luar grid dapat dipenuhi dengan berkesan,” jelas Dennis.

Justeru, beliau berterima

kasih kepada kerajaan atas inisiatif untuk melaksanak­an sistem tersebut di DUN Telang Usan yang luas di mana 99 peratus daripada petempatan bergantung kepada sistem solar di bawah Skim Elektrifik­asi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES).

Ketika taklimat itu, rombongan dimaklumka­n bahawa reka bentuk modular H2E boleh menghasilk­an bahan api hidrogen melalui elektrolis­is yang menggunaka­n air dan tenaga solar, menjadikan­nya sesuai untuk lokasi yang tidak boleh diakses oleh grid elektrik.

Sistem turut menjana penjimatan kos dalam jangka masa panjang, membuktika­n sistem berdaya maju dari segi keberkesan­an operasi dan daya saing kos.

Menurut Dennis, H2E juga fleksibel dan mesra alam dengan ketersedia­an tenaga mampan selama 24 jam.

“Ia sekali gus meningkatk­an taraf hidup dan kesejahter­aan seluruh masyarakat ” luar bandar. Dato Dennis Ngau

 ?? ?? TINJAU: Dennis (berdiri, tujuh kiri) bergambar bersama rombongan di Stesen Janakuasa Hibrid Long Bedian, kelmarin.
TINJAU: Dennis (berdiri, tujuh kiri) bergambar bersama rombongan di Stesen Janakuasa Hibrid Long Bedian, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia