Utusan Borneo (Sarawak)

HONOR lancar Magic6 Pro dan MagicBook Pro 16 pada MWC24

- Oleh Harshini Anantha Rao

Syarikat teknologi tersohor global, HONOR melancarka­n dua peranti canggih HONOR Magic6 Pro dan HONOR MagicBook Pro 16 yang didukung kecerdasan buatan (AI), baru-baru ini.

Pelancaran tersebut diadakan sempena Persidanga­n Dunia Mudah Alih 2024 (MWC24) di Barcelona, Sepanyol.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co. Ltd George Zhao berkata, HONOR Magic6 Pro, peranti terbaharu dalam senarai produk flagship HONOR Magic Series menampilka­n kemajuan dalam fotografi, teknologi tampilan dan pengalaman pengguna yang didukung AI.

“Selaras dengan komitmen kami terhadap inovasi berasaskan manusia, HONOR memperkena­lkan MagicOS 8.0, versi terbaharu dalam sistem operasi Androidnya.

“Dilengkapi dengan ciriciri seperti Magic Capsule dan Magic Portal, HONOR Magic6 Pro bertujuan mem

berikan pengalaman yang lebih personal dan intuitif kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, HONOR turut memperkena­lkan HONOR MagicBook Pro 16 pada acara tersebut.

Zhao berkata, sebuah laptop bertenaga AI, HONOR MagicBook Pro 16 memudahkan perkongsia­n pemberitah­uan dan bahan penyelaras­an di antara telefon pintar HONOR, PC dan tablet melalui MagicRing

yang inovatif.

“Pengalaman pengguna diperluask­an dengan peranti yang lebih kompak menerusi pengenalan HONOR Pad 9, sebuah tablet yang menampilka­n HONOR FullView Display 2.5K berukuran 12.1 inci.

“Tablet ini dilengkapi dengan sistem audio lapan pembesar yang menampilka­n teknologi penalaan bunyi HONOR Histen.

“HONOR Pad 9 menjanjika­n

pengalaman pengguna yang luar biasa dengan reka bentuknya yang istimewa,” katanya.

Sementara itu, HONOR turut mempersemb­ahkan Porsche Design HONOR Magic V2 RSR, telefon pintar lipat kepada pentas global untuk kali pertama.

Selain itu, ‘teaser’ untuk Porsche Design HONOR Magic6 RSR juga diperkenal­kan yang mencermink­an DNA Porsche Design.

 ?? ?? BERPRESTIJ: Pelancaran global HONOR Magic6 Pro dan laptop AI HONOR MagicBook Pro 16.
BERPRESTIJ: Pelancaran global HONOR Magic6 Pro dan laptop AI HONOR MagicBook Pro 16.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia