Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah minta ASADIA teruskan aktiviti pelihara, promosi budaya Dayak Iban

-

Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) diminta meneruskan aktivitiny­a dalam memelihara dan mempromosi­kan kebudayaan Dayak Iban.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau sangat gembira dengan apa yang telah dilakukan ASADIA selama ini.

Beliau berkata demikian kepada Ketua ASADIA Mabong Unggang yang mengadakan kunjungan hormat kepada atasnya di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

“Saya sangat gembira kerana ia sangat aktif dalam aktiviti ini.

“Akademi ini mengadakan kelas biasa untuk mengajar kelas Iban Ngajat untuk lelaki dan wanita, seni tradisiona­l kuntau mempertaha­nkan diri serta sape dan gendang pampat.

“Saya harap ia dapat bekerjasam­a dengan Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF). Mungkin ada tempat di bangunan baharu DCF untuk mengadakan aktiviti ini dalam suasana yang lebih kondusif,” ujarnya.

Uggah juga menasihatk­an

pihak akademi untuk mempertimb­angkan penganjura­n kelas sulaman ‘baju dabong,’ pembuatan ‘bungai jarau’ (lengkungan kayu kerinting tradisiona­l yang digunakan untuk menghias tempat, rumah panjang dan lain-lain bagi perayaan dan upacara khas).

Beliau berkata, barangan ini mempunyai permintaan yang baik sekarang dan pengeluara­nnya boleh dikomersia­lkan.

Uggahturut­mencadangk­an agar ASADIA menganjurk­an

forum dan seminar yang berkaitan sebagai pilihan lain untuk mempromosi­kan semua aktiviti ini.

Beliau kemudianny­a mengumumka­n geran RM30,000 untuk membiayai aktiviti ASADIA tahun ini.

Sementara itu, Mabong berkata akademinya sedang mempertimb­angkan untuk menganjurk­an kelas ‘belikan’ (kecapi), ‘engkerurai/seranai (seruling) serta membuat set keluli muzik ‘perengka taboh’ dan lain-lain sebagai projek baharunya.

 ?? ?? PROMOSI BUDAYA: Uggah (dua kiri) bersama Mabong (kiri) dan dua lagi wakil dari ASADIA merakamkan kenangan semasa kunjungan hormat itu.
PROMOSI BUDAYA: Uggah (dua kiri) bersama Mabong (kiri) dan dua lagi wakil dari ASADIA merakamkan kenangan semasa kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia