Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar pemerkasaa­n Bumiputera dijangka dibangunka­n separuh pertama 2024: Rafizi

-

Satu set dasar-dasar berkaitan pemerkasaa­n Bumiputera dijangka dibangunka­n sekitar bulan Mei atau Jun tahun ini, hasil aspirasi daripada proses libat urus Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, proses libat urus telah pun berlaku yang diketuai wakil-wakil bukan kerajaan, dan turut digabungka­n juga dengan pandangan pihak kerajaan.

“Insya-Allah kerajaan akan mengambil masa dalam dua, tiga bulan akan datang yang akan menjadi prosiding, perancanga­n dan pemantauan di peringkat majlis Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), dan ia akan dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

“Kita ada garis masa menjelang Mei atau Jun, kita sudah ada satu set dasar-dasar Bumiputera yang khusus,” katanya kepada media pada hari pertama KEB 2024.

Beliau berkata dasar-dasar itu diharap dapat menghasilk­an kumpulan kelas Bumiputera yang positif, progresif dan inovatif, iaitu sejajar dengan tema KEB 2024.

Katanya, di peringkat Kementeria­n Ekonomi, ia sedang membangunk­an Akta Anti Ali Baba dan melalui KEB, hasrat akta berkenaan akan dikupas dengan lebih mendalam.

Kelmarin di dalam jawapan lisan kementeria­n itu di Dewan Rakyat, kementeria­n itu berkata kerajaan dalam proses melaksanak­an kajian kerangka Akta Anti-Ali Baba dan menyasarka­n akta itu dapat dibentangk­an di Dewan Rakyat pada akhir 2024.

Sementara itu, Rafizi semalam berkata kerajaan berhasrat menyatukan syarikat Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk bersama-sama bersaing di peringkat global.

“Kerajaan mahu memastikan satu ekosistem ke arah mewujudkan perkongsia­n pintar, yang dibentuk, supaya kelompok Bumiputera yang benar-benarmahir­sertabukan Bumiputera yang mahir, dapat bekerjasam­a untuk menjadi syarikat Malaysia sebenarnya, boleh survive dan bersaing sekurang-kurangnya di peringkat serantau, namun diharapkan di peringkat antarabang­sa.

“Jadi KEB pada kali ini memang dirancang ke arah itu. Saya akan tungggu reaksi,” katanya.

KEByangber­mulasemala­m hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, melibatkan pembentang­an hasil dapatan daripada Sesi Libat Urus (SLU) meliputi 10 kumpulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia